Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Hishamuddin Rais Diarah Bela...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan aktivis Hishamuddin Md...

JPJ Ambil Tindakan Kesalahan...

MELAKA - Sebanyak 102 kes melibatkan kesalahan tatatertib anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan...

Majlis Halal Malaysia Kemudi...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal Malaysia dibubarkan mulai...

SPRM Reman 2 Pegawai...

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mereman dua pegawai...

Mufti Perlis Lancar Kempen Solat Subuh Berjemaah

KANGAR – Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin malam tadi melancarkan ‘Kempen Solat Subuh Berjemaah Di Masjid’ bagi menarik khususnya golongan muda mengimarahkan masjid.

Walaupun kesedaran umat Islam menunaikan solat subuh berjemaah di masjid meningkat, kempen tersebut merupakan pendekatan mesra selain melalui ceramah, katanya semasa melancarkan program anjuran Jabatan Mufti Perlis selepas kuliah Maghrib di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Mohd Asri berkata Jabatan Mufti turut menggunakan laman sosial seperti facebook dan mengedarkan pelekat berkaitan kempen itu kepada masyarakat Islam di negeri ini.

“Melalui usaha-usaha ini, Jabatan Mufti berharap semakin ramai umat Islam di Perlis akan bangun awal pagi untuk solat berjemaah di masjid serta membuat persiapan awal bagi sesuatu urusan mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori