• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Motosikal Penyumbang Utama Kemalangan Maut

oleh Ahmad Albab
01/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Statistik Op Selamat 12 sempena Tahun Baharu Cina 2018 selama 14 hari bermula 9 Feb lepas menunjukkan pengguna motosikal kekal menjadi penyumbang utama kemalangan maut.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pengguna motosikal mencatat kematian sebanyak 150 kes diikuti pengguna kereta dengan 46 kematian, lima kematian masing-masing melibatkan pengguna lori dan van manakala satu kes melibatkan pengguna bas.

“Faktor terbabas sendiri dilihat sebagai punca utama kemalangan maut di mana pada Op Selamat pada kali ini ia mencatat sebanyak 82 daripada 208 kes keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Anugerah Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 12 Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya statistik pada tahun ini menunjukkan penurunan jumlah kematian sebanyak 31 kes iaitu 226 melibatkan 208 kemalangan maut berbanding 257 kematian daripada 235 kemalangan maut pada tahun lepas.

Noor Rashid berkata sebanyak 385,547 saman dikeluarkan atas pelbagai jenis kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenakan tindakan lebih tegas kepada pengguna jalan raya yang didapati mengulangi kesalahan.

“JPJ sudah melaksanakan sistem demerit tetapi kita akan membantu mereka dengan mengumpul dan menghantar data mengenai pesalah berulang,” katanya.

Katanya PDRM telah mewujudkan Unit Siasatan Lebuhraya yang akan ditempatkan di 11 pejabat Hentian Rehat dan Rawat di lebuh raya utama negara bagi memastikan keselamatan pengguna, selain meningkatkan tindak balas segera sekiranya berlaku sebarang kes.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas secara lanjut berkenaan unit itu.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata pihaknya juga akan menerima 15 kenderaan jenis Mitsubishi Outlander yang disumbangkan PLUS Malaysia Berhad sebelum Hari Raya Aidilfitri pada Jun ini.

“Kami berterima kasih kepada pihak PLUS…sumbangan ini akan memberikan impak besar dan penyusunan semula operasi oleh anggota polis dengan lebih efektif,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PLUS Malaysia Berhad Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata kenderaan itu dalam proses pembelian membabitkan kos RM2 juta.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azman Ismail. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kemalangan mautPenunggang Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd