• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Serampang 2 Mata Soniia Menentang Thailand

oleh AK-47
07/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pertemuan menentang Thailand esok, menjadi misi serampang dua mata buat perseorangan wanita utama negara Soniia Cheah pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018.

Soniia bukan sahaja mahu memastikan beliau mampu melunaskan tanggungjawab menyumbang mata pertama buat skuad negara tapi juga membawa misi membalas dendam terhadap lawannya, Nitchaon Jindapol.

“Selepas insiden semalam menyaksikan Khe Wei (Woon Khe Wei) mengalami kecederaan, ia amat malang kerana peluang kita seakan tipis. Namun, kemudian saya merasakan tiada yang mustahil dan kita akan memastikan untuk memberi tentangan sengit kepada mereka (Thailand).

“Saya akan berdepan Jindapol esok. Saya tumpas kepada beliau baru-baru ini dan berharap dapat membalas dendam esok,” katanya.

Berdasarkan rekod, pemain Malaysia berusia 24 tahun itu tewas dua kali kepada Jindapol dan kali terakhir mereka bertemu di Thailand Masters pada Januari lepas, yang berpihak kepada Jindapol.

Bagaimanapun, Soniia yang berada di ranking ke-27 dunia, memberi saingan sengit pada perlawanan separuh akhir sebelum tewas 21-16, 15-21, 17-21 di tangan Jindapol yang menduduki ranking ke-12 dunia.

Mengulas mengenai pertemuan menentang Thailand esok, Soniia berkata mereka akan cuba sedaya upaya meraih kemenangan, sekali gus muncul juara Kumpulan Y.

“Peluang kita agak baik sekiranya muncul juara kumpulan kerana di peringkat suku akhir dapat mengelak daripada bertemu pasukan pilihan. Tidak kira apa pun keputusan esok, kita akan mempamerkan prestasi terbaik,” katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan Y bersama-sama Thailand, Vietnam dan Filipina.

Pada perlawanan pembukaan semalam, Malaysia cemerlang menewaskan Vietnam 4-1. – BERNAMA

Tags: Soniia Cheah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd