Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bunuh Dan Makan...

KEJAM dan menjijikkan apabila seorang lelaki telah membunuh ibu dan bapa saudara serta...

Bantuan Kewangan Kepada “Sunset...

KUALA LUMPUR - Sektor perbankan serta golongan pelabur diminta mengurangkan bantuan kewangan kepada...

Polis Diarah Siasat Dakwaan...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis...

Gadis Raih Keuntungan Kerana...

UNTUNGLAH memiliki wajah persis Taylor Swift, seorang gadis ini meraih keuntungan serta ganjaran...

Misi Kembali Ke Divisyen 3 Liga Kriket Dunia

KUALA LUMPUR – Pasukan kriket kebangsaan mempunyai misi untuk kembali beraksi dalam kancah Divisyen 3 Liga Kriket Dunia (WCL 3) selepas mengalami penurunan liga pada tahun lepas.

Bakal beraksi pada kejohanan WCL 4 dari 26 April hingga 8 Mei di sini, ketua pasukan, Anwar Arudin menggesa rakan sepasukan untuk menamatkan saingan di tangga teratas bagi membolehkan mereka dinaikkan semula ke WCL 3.

“Sudah pasti sasaran kami pada penyertaan kali ini adalah untuk menjadi pasukan yang berada di tangga teratas liga bagi mencerahkan peluang untuk beraksi di WCL 3 tahun depan,” katanya kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat bagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Menurutnya, bagi merealisasikan impian itu, pelbagai persediaan yang telah dilakukan antaranya skuad negara telah mendapat khidmat ketua jurulatih baharu dan berpengalaman luas dari Sri Lanka, Sampath Pareira.

“Pasukan kriket negara akan mengadakan siri jelajah ke Sri Lanka dari 16 Feb hingga 10 Mac ini bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan lima pasukan di sana,” katanya.

Kejohanan WCL 4 merupakan kejohanan kriket peringkat antarabangsa yang turut disertai pasukan Itali, Vanuatu, Jersey, Uganda, Denmark dan Malaysia selaku tuan rumah.


Dua pasukan terbaik akan laya ke ke WCL 3 tahun depan.

Pada majlis itu, 11 anggota TUDM telah dinaikkan satu tangga kenaikan pangkat daripada pangkat hakiki yang terdiri daripada tujuh atlet kriket, tiga atlet sepak takraw (chinlone) dan seorang atlet petanque.

Antara atlet yang dinaikkan pangkat ialah Anwar daripada Koperal Udara kepada Sarjan Udara dan Muhamad Syahadat daripada Laskar Udara kepada Laskar Udara Kanan (kriket); Ab Muhaimi Che Bongsu daripada Laskar Udara Kanan kepada Koperal Udara (sepak takraw) dan Muhamad Hafizuddin Mat Daud daripada Koperal Udara kepada Sarjan Udara (petanque).
– BERNAMA

Kategori