• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MICPA Terus Bekerjasama Pihak Berkepentingan

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk mencapai objektif dan sasaran Jawatankuasa Memperkukuhkan Profesion Perakaunan (CSAP) dalam memastikan negara ini sentiasa kompetitif di peringkat global.

Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan Kementerian Kewangan, bermatlamat menangani cabaran strategik dihadapi profesion perakaunan di negara ini.

Menurut MICPA, pada masa ini, ia sedang bekerjasama dengan universiti awam di Malaysia bagi membangunkan program ijazah lebih baik yang dapat menyokong membangunkan perakaunan profesional.

“Sasaran MICPA juga untuk membentuk hubungan positif antara perniagaan, komersial dan pertubuhan industri serta universiti melalui jaringan luas ahlinya serta pertubuhan latihan diakui, melalui aktiviti perkongsian pengetahuan dan jaringan kerja,” katanya dalam satu kenyataan.

MICPA juga sudah mengemukakan cadangan CSAP untuk menyediakan peluang kepada lebih ramai graduan perakaunan menyertai MICPA sebagai ahli penuh dengan memperluaskan laluan keahlian.

Sebagai contoh, laluan sebagai ahli bagi juruteknik perakaunan dilancarkan pada 2016 untuk memenuhi keperluan individu yang bekerja di bahagian sokongan, katanya.

“Pemegang ijazah bukan perakaunan juga boleh menyertai kerjaya ini dengan mengikuti program pertukaran sebelum meneruskannya melalui peperiksaan bagi menjadi akauntan profesional berkelayakan penuh,” jelas institut itu. – BERNAMA

Tags: MICPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd