• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Berharap Lebih Banyak Pelantikan Kaum India

oleh AK-47
23/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC berharap pembaharuan perkhidmatan awam akan diteruskan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terutama berhubung kepelbagaian kaum yang lebih besar bagi jawatan tertinggi.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarrajh menyeru lebih ramai daripada kaum India di negara ini mengambil peluang menyertai perkhidmatan awam.

Di bawah kepimpinan Najib, tiada halangan untuk mereka mencapai kedudukan tertinggi di jabatan masing-masing, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh pelantikan Narinder Singh sebagai Pesuruhjaya Penjara minggu lepas.

Selain itu pelantikan Datuk Seri T. Subromaniam sebagai Ketua Pengarah Kastam turut menjadi bukti pengiktirafan pentadbiran Najib kepada kaum India, katanya.

“Begitu juga dengan pelantikan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan dan juga Datuk Amar Singh sebagai pengarah berketurunan Sikh pertama untuk Jabatan Jenayah Komersial di Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata pelantikan itu adalah penghargaan kepada rakyat Malaysia yang setia dan mampu berdasarkan merit, tanpa mengira bangsa atau agama. – BERNAMA

Tags: Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarrajh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd