Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Beri Peluang Kepada Najib...

KUALA KRAI - Semua ahli UMNO diminta memberi peluang kepada Datuk Seri Najib...

TH Serah Zakat Perniagaan...

KUALA PILAH - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat perniagaan...

Isteri TMJ Ziarah Mangsa...

SEREMBAN - Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam hari ini meluangkan...

RMK-12 Penentu Kejayaan Negara

SELALU kita dengar tentang RMK. RMK itu. RMK ini. Tetapi apakah kita tahu...

Memahami Pok Ya Cong Codei & Realiti Sabri Yunus

FILEM dan drama aksi gengster di Malaysia sebelum ini hanyalah penyalinan semula daripada trend filem-filem aksi jenayah popular.

Apabila filem Ong Bak (Thailand) dan sekuelnya meletup di pasaran serantau dan dunia, serta dimomokkan pula dengan trilogi filem My Wife Is A Gangster (Korea Selatan) yang turut memecah panggung – ia membina ruang kreatif mudah dan disalin semula oleh pembikin filem tempatan.

Ini penyalinan lesen kreatif yang stereotaip. Satu fenomena biasa di seluruh dunia. Di mana, filem yang meletup di pawagam akan disalin semula temanya oleh pembikin filem sejagat.

Dalam kes Pok Ya Cong Codei, Sabri Yunus selaku pengarah, penulis skrip dan pelakon, tidak terikat dengan kreativiti penyalinan semula trend layar perak atau telefilem.

Realitinya, secara lisan, kisah watak Pok Ya ini telah lama diperbualkan oleh Sabri. Ia antara puluhan cerita lisan Sabri ketika mengisi perbualan kelakar sambil minum teh di warung dengan teman-teman.

Pok Ya satu penyalinan telefilem bersumberkan realiti. Sabri membesar di Kelantan dengan usia remajanya dipenuhi pengalaman melihat dan bergaul dekat dengan watak-watak gedebe.

Sama ada di Golok atau Rantau Panjang, malah, sampai ke Pattani dan Bangkok. Sabri adalah kolektor yang simpan pelbagai watak yang merakyat. Ia kesan pergaulan luas dirinya sejak awal remaja sampailah sekarang.

Pok Ya adalah wajah gedebe yang sering ditemui dalam dunia samseng Melayu. Orang yang ada reputasi bantu menyelesaikan masalah orang. Ini reputasi mesti ada pada tiap individu yang mahu jadi titik pusat kartel gedebe.

Kuasa gedebe ini berpaksikan kepada keupayaan individu dalam usaha menyelesaikan masalah atau konflik di kalangan masyarakat membumi. Pok Ya ialah watak prominan seorang gedebe Pantai Timur.

Bertambah lagi dengan pengaruh geografi Kelantan yang bersempadan dengan Selatan Thai yang bergolak. Di garis sempadan antarabangsa yang menyatukan satu bangsa tapi di dua negara.

Pelbagai urusan perniagaan memerlukan titik pusat dikawal oleh gedebe yang memiliki dua kriteria utama untuk mencipta pengaruh sesama mereka.

Pertama: Keupayaan berkomunikasi dan menguruskan rundingan sulit pelbagai hala yang membabitkan segala macam urusan sosial.

Kedua: Bijak dalam menyusun kombinasi ketika bertindak. Kaedah berfikir dan berinteraksi mesti berdasarkan persekitaran jenis orang yang terlibat dalam perundingan.


Pada era migrasi orang Kelantan ke Kuala Lumpur, pembentukan kepimpinan di kalangan perantau Kelantan di ibu kota juga memiliki hierarki begini.

Malah, ia juga wujud di kalangan masyarakat perantau Kedah di Kuala Lumpur. Pada era migrasi berkembang pada dekad tujuh puluhan dan lapan puluhan, sistem sosial anak rantau didokong kaedah kepimpinan gedebe.

Pok Ya tidak diciptakan hanya pada satu malam dalam kepala Sabri. Pok Ya adalah kombinasi pelbagai watak gedebe yang punya reputasi dalam masyarakat.

Ia hasil penyalinan realiti Sabri, berdasarkan pengalaman pergaulannya ketika usia remaja di Kelantan. Seterusnya, dimatangkan oleh usia dewasanya di Kuala Lumpur.

Satu masa dulu, di Chow Kit, sistem sosial anak rantau Kelantan dan Kedah dibentuk oleh hierarki sosial begini. Kedua-dua negeri memiliki jumlah perantau yang besar di Kuala Lumpur.

Adalah satu lumrah, di Pasar Chow Kit, di Jalan Haji Taib, di Masjid India, di Pasar Borong Selayang, tempat utama perantau cari rezeki, watak legenda seperti Pok Ya sangat prominan dalam sistem sosial tidak bertulis ini.

Pok Ya Cong Codei menjadi menarik kerana Sabri menyalinnya dengan kesedaran untuk menjadikan watak ini berjaya sebagai sebuah telefilem.

Selain itu, ia meletakkan tahap karektor ini sebagai boleh diterima penonton pelbagai latar belakang, Sabri turut membinanya dengan kesedaran tambahan.

Apa? Ia mesti boleh diluluskan stesen penyiaran. Ia mesti diluluskan Lembaga Penapis Filem dan tidak berkonfrantasi dengan pihak polis.

Sabri memang pakar menyalin semula realiti rakyat bawahan. Dia patut diberi peluang untuk menyalin semula begitu banyak watak-watak lain yang merakyat dalam kepalanya.

Contohnya Pak Mail Kuda. Pecah perut mendengarnya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori