• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat 5 Lelaki Ditemui Terapung Di Kuala Ketil

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lima mayat lelaki ditemui terapung di beberapa lokasi di Sungai Muda di Kampung Padang Bukit Taman Permai, Kuala Ketil dekat Baling hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusof berkata mayat terbabit ditemui antara 11.35 pagi dan 12.45 tengah hari tadi selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.

Empat daripadanya merupakan warga tempatan berusia 40 hingga 50 tahun manakala satu lagi mayat belum dikenal pasti, katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata mayat terbabit dipercayai antara pemain judi sabung ayam yang melarikan diri semasa polis menjalankan serbuan di Kampung Tanah Licin, Merbau Pulas pada 8 malam, 16 Feb lalu.

Kesemua suspek yang berada di khemah utama tempat perjudian itu bertindak melarikan diri ketika tangkapan hendak dibuat dan polis percaya sebahagian daripada mereka terjun ke sungai berdekatan, katanya.

Beliau berkata kesemua mayat terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dan usaha mengesan mayat lain masih dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Mengulas operasi malam kejadian, beliau berkata pihaknya berjaya menahan 76 individu serta merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM140,000. – BERNAMA

Tags: mayat terapung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adam Shahz Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran

Next Post

2 Buah Rumah Kayu Musnah Kebakaran Di Dungun

Related Posts

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Pulau Sembilan

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Pulau Sembilan

15/06/2023
0

LUMUT: Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menerima aduan mengenai penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti di sekitar perairan...

4 Mayat Terapung Di Pulau Sembilan

30/12/2021
0

LUMUT: Mayat tiga wanita dan seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Pulau...

Next Post

2 Buah Rumah Kayu Musnah Kebakaran Di Dungun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd