• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manila Tak Terlibat Dalam Isu Tuntutan Ke Atas Sabah

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Alan Peter Schramm Cayetano telah menjelaskan bahawa Manila tidak terlibat dalam kenyataan mengenai isu berkaitan tuntutan ke atas Sabah.

Beliau berkata semasa Pemukiman Menteri Luar ASEAN di Singapura baru-baru ini, beliau tidak membangkitkan perkara mengenai tuntutan ke atas Sabah sambil berkata tuntutan itu tidak pernah diiktiraf oleh Malaysia dan kerajaan negeri Sabah.

Tetapi beliau berkata Cayetano telah menemuinya untuk menjelaskan bahawa “kerana politik, ada seseorang yang cuba mempromosikan dirinya” dan menambah Setiausaha Luar Filipina itu tidak menyebut sebarang nama.

“Beliau (Cayetano) berkata Malaysia dan Filipina menjalin hubungan dua hala yang baik, jadi kami tidak mahu satu kenyataan mengeruhkan hubungan kami.

“Saya hanya mengucapkan terima kasih dan kami sangat menghargai penjelasan itu,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada program bersama masyarakat Cina di kawasan Parlimen Kimanis di sini malam ini.

Bulan lepas, anggota Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr, yang dilantik untuk mengkaji Perlembagaan Filipina 1987 berkata, beliau akan mencadangkan kemasukan Sabah dalam Filipina sebagai sebahagian daripada peralihan negara itu ke sistem kerajaan persekutuan.

Anifah juga berkata butiran mengenai hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 sedang dibincangkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Terdapat perbincangan mengenai beberapa butiran dan kami merujuk mengenai hasil yang boleh dicapai.

“Ia adalah proses yang berterusan…tetapi ia amat menggalakkan (dengan Peguam Negara), jadi saya meminta supaya kita dapat mengemukakan sesuatu kepada Perdana Menteri dan kabinet menjelang akhir bulan ini,” kata beliau.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Disember tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersedia untuk memberi balik hak-hak Sabah dan Sarawak yang mungkin terambil pada masa lepas seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Anifah Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

13/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd