• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Mercun Tak Peduli Sari, Rambut Terbakar

oleh Ahmad Albab
02/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – “Masa itu saya hanya mahu peluk anak saya sebab dia berdarah teruk.

“Saya tak fikir apa-apa lagi walaupun sari saya turut terbakar akibat terkena serpihan mercun,” kata seorang mangsa letupan mercun pada perarakan Thaipusam, dekat sini, malam tadi.

A Tiruselvi, 41, berkata beliau tidak menyangka sama sekali tragedi itu berlaku apatah lagi ketika beliau dan anak lelakinya, D Shashildavi, 14, sedang khusyuk menikmati percikan ‘bunga bercahaya’ yang terhasil melalui letupan mercun berkenaan.

“Tiba-tiba, das keempat mercun tidak menjadi. Ia meletup di bawah berdekatan tanah dan kebetulan kami berdua berdiri agak dekat di situ menyebabkan percikan api turut menyambar sari dan rambut saya,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Letupan itu mencederakan anaknya dan tanpa berfikir panjang, Tiruselvi menarik tangan anaknya ke tempat selamat sambil meminta bantuan orang ramai.

Letupan mercun berhampiran Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam itu menyebabkan 26 cedera, 14 daripadanya lelaki dengan semua mereka berusia lima tahun hingga 59 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari kuil berkenaan, iaitu berdekatan pasar raya Muttiyas ketika puluhan ribu penganut Hindu sedang menyaksikan perarakan keluar tokong dari kuil itu.

Perarakan itu membabitkan jarak keseluruhan kira-kira lima kilometer, bermula jam 7.30 malam dari kuil berkenaan dan dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung.

Kuil itu adalah satu daripada lokasi penting bagi acara sambutan Thaipusam setiap tahun, malah rata-rata mangsa berkata, ini kali pertama mereka melihat pertunjukan mercun pada sambutan itu.

Sementara itu, N Sundagaran, 39, yang juga sukarelawan kuil berkenaan berkata, beliau tidak sempat melarikan diri ketika kejadian berlaku akibat berhimpit dengan pengunjung lain yang menjerit dan meraung kerana terkena percikan api.

“Saya tak boleh buat apa sebab mata saya sangat pedih kerana terkena api. Kemudian, saya cepat-cepat masuk ke dalam kuil untuk cuci muka sebab saya perasan ada darah di bahagian mata saya,” katanya yang turut cedera pada bahagian kaki.

Polis hari ini mengesahkan penahanan empat lelaki berusia 25 tahun hingga 34 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958. – BERNAMA

Tags: bunga apiThaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd