Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Tahniah! Radhi OAG Dapat...

TAHNIAH diucapkan buat vokalis kumpulan OAG, Radhi Razali dan isteri, Nor Shahira Ayu...

Pusat Bekalan Banjir TUDM...

KUALA LUMPUR - Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia...

Najib Terkilan Tiada Lagi...

KESAL... Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat meraikan...

MB Sebuah Negeri Disiasat...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan...

Malaysia Mahu Wujudkan Masyarakat Adil, Mampan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sedang berusaha untuk membentuk sebuah masyarakat adil dan mampan, di mana semua rakyat akan memperoleh manfaat daripadanya.

Ini, kata perdana menteri, adalah antara objektif Malaysia ketika negara ini menyasarkan untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya muncul sebagai sebuah daripada 20 negara paling terkemuka di dunia menjelang 2050.

“Bagaimanapun, dalam melaksanakan misi ini, kami tidak akan meminggirkan nilai kami. Kami ingin mewujudkan sebuah masyarakat adil, inklusif dan mampan, di mana tiada rakyat Malaysia yang tercicir di belakang,” katanya ketika merasmikan Sesi Kesembilan Forum Bandar Sedunia (WUF9) di sini hari ini.

Bertemakan “Bandar Raya 2030, Bandar Raya Untuk Semua: Melaksanakan Agenda Baharu Bandar”, acara yang berlangsung dari 7 hingga 13 Februari itu menarik penyertaan anggota perwakilan dari kira-kira 193 negara.

Ketika berucap pada perhimpunan berprofil tinggi yang dihoskan Malaysia bersama-sama UN Habitat itu, Najib menyenaraikan, antara lain, langkah yang diambil pentadbiran beliau bagi memastikan penduduk bandar raya di Malaysia menikmati kehidupan berkualiti yang dapat dikekalkan untuk turut dikecapi generasi akan datang.

Najib berkata itulah sebabnya kerajaan melabur dalam pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang dan Sistem Transit Aliran Deras yang menghubungkan Johor Bahru di selatan Semenanjung dengan Singapura.

“Bidang ini diabaikan pada masa dahulu kerana terlalu banyak tumpuan diberi kepada industri kereta, sedangkan bandar raya kita perlu berada dalam keadaan selesa untuk dihuni serta perlu bersifat lestari,” katanya serta menyebut tentang projek Sungai Nadi Kehidupan yang bertujuan membersihkan dan mengindahkan Sungai Klang dan Sungai Gombak.

Beliau juga menyentuh tentang usaha untuk mewujudkan Bandar Raya Belia 1Malaysia di Tanjung Malim, Perak, di Tuaran, Sabah dan di Lundu, Sarawak, yang diberi peruntukan sebanyak RM100 juta oleh kerajaan.

Inisiatif itu, kata beliau, akan menghasilkan ekosistem yang komprehensif bagi belia untuk meningkatkan kebolehgajian, kemahiran dan kelebihan mereka dalam bidang keusahawanan, di samping dapat menikmati kemudahan rekreasi, perumahan mampu milik, kemudahan pengangkutan dan keharmonian alam sekitar.

Najib juga berkongsi dengan hadirin laporan terkini World Economic Forum, yang menyebut Malaysia sebagai negara pertama dalam kalangan ekonomi memuncul di Asia yang mencapai taraf inklusif.


Najib berkata perkara itu terbukti melalui pelbagai bentuk program bersifat menyeluruh yang dilaksanakan kerajaan bagi menyediakan beratus ribu rumah mampu milik, bantuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Juga perkhidmatan perubatan pada harga yang amat rendah melalui Klinik 1Malaysia, pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi barang keperluan harian, kursus latihan dan inisiatif untuk perniagaan, terutama yang melibatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kata perdana menteri, seperti yang disebut dalam Agenda Baharu Bandar yang diterima pakai di Quito, Equador pada 2016, penduduk bandar dunia dijangka meningkat hampir sekali ganda menjelang 2050, dengan bandar raya menjadi tempat tinggal hampir 70 peratus daripada penduduk dunia.

“Pertumbuhan ini sebahagian besarnya akan bertumpu di Asia dan Afrika, dengan Asia diunjurkan mempunyai lebih separuh daripada bandar raya mega di dunia,” kata Najib sambil menjelaskan bahawa pengalaman Malaysia mencerminkan trend itu.

Kadar perbandaran Malaysia, kata beliau, dijangka mencapai lebih 85 peratus menjelang 2050, berbanding lebih 75 peratus hari ini dan bawah 30 peratus pada 1970-an.

Perdana Menteri berkata dalam mengurus cabaran daripada transformasi bandar yang begitu besar, Malaysia dibantu oleh asas ekonoimi yang kukuh, hasil pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan pimpinan beliau sejak 2010, yang telah menyediakan 2.26 juta pekerjaan, lebih satu juta daripadanya merupakan pekerjaan yang menjana pendapatan tinggi. – BERNAMA

Kategori