• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, ASEAN Desak Myanmar Akses Ke Rakhine

oleh AK-47
04/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Presiden Burmese Rohingya Organisation United Kingdom (BROUK), Tun Khin menggesa Malaysia terus bersuara menentang penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar dan menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh.

Beliau berkata Malaysia dan negara-negara ASEAN juga perlu mendesak Myanmar supaya membenarkan pasukan penyiasat bebas antarabangsa memasuki wilayah Rakhine dan meninjau nasib etnik Rohingya di sana.

“Sejak krisis kemanusiaan bermula di wilayah itu tahun lepas, tidak ada media antarabangsa atau misi kemanusiaan antarabangsa dibenarkan oleh pihak berkuasa Myanmar memasuki Rakhine. Tiada pihak yang berpeluang melihat sendiri situasi terkini,” kata beliau pada sidang media di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) di sini hari ini.

Khin berada di Malaysia untuk mengadakan pertemuan dengan 12 peguam Malaysia awal minggu ini berhubung rancangan untuk mengemukakan aduan terhadap Myanmar kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Malaysia harus memainkan peranan aktif bersama beberapa badan antarabangsa dalam mempertahankan hak-hak Rohingya,” kata beliau.

Khin berkata beliau menghargai usaha Malaysia mendirikan hospital medan di khemah pelarian di Cox Bazar, Bangladesh pada November tahun lepas bagi membantu pelarian Rohingya.

Malaysia telah banyak berusaha untuk membantu masyarakat Rohingya, kata beliau.

Krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine di Myanmar bertambah meruncing sejak Ogos tahun lepas apabila ramai pelarian Rohingya memasuki Bangladesh setiap hari, menyebabkan banyak khemah pelarian didirikan.

Setakat ini, jumlah sebenar pelarian Rohingya tidak dapat disahkan tetapi ramai yang mendakwa terdapat lebih satu juta pelarian Rohingya di sana. – BERNAMA

Tags: RohingyaTun Khin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bacalah Al-Quran, Bukan Asyik ‘Main’ Gajet – JAIS

Next Post

THT Rampas Semula Gelaran Juara Divisyen Perdana

Related Posts

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

13/08/2023
0

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, di sini, tiga hari lalu...

Next Post

THT Rampas Semula Gelaran Juara Divisyen Perdana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd