Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Hazard Boleh ‘Kalahkan’ Messi,...

PENGURUS Chelsea, Maurizio Sarri memberi cabaran kepada Eden Hazard, dengan menggesa pemainnya mengalahkan...

Warga Asing Mangsa Pemerdagangan...

SUNGAI PETANI - Lapan belas warga asing termasuk 17 wanita dan seorang lelaki...

Insiden Kepulan Asap HSA...

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah...

Najib Kecam Pengkhianat Parti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar tindakan bekas pemimpin...

Mah Dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi Britain

PUTRAJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Vicki Treadell bagi membincangkan cadangan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) untuk menghalang penggunaan bahan api bio dan tenaga daripada sumber sawit menjelang 2021.

Mah berkata Malaysia membantah sepenuhnya resolusi bersifat diskriminasi tersebut, yang akanmenjejaskan 650,000 pekebun kecil sawit di Malaysia, memandangkan penggunaan minyak sayuran lain masih dibenarkan di bawah perundangan Arahan Tenaga Boleh Diperbaharu (RED) sehingga 2030.

“Treadell berkongsi pendapat bahawa pengharaman penggunaan minyak sawit lebih awal berbanding minyak sayuran yang lain adalah tidak adil dan bertentangan dengan semangat amalan perdagangan bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Mah turut merakamkan penghargaan kepada anggota parlimen EU dari United Kingdom (UK) yang telah menentang resolusi pengharaman minyak sawit pada Januari lepas, terutamanya anggota parlimen yang mewakili Parti Konservatif UK.

Beliau berkata, di samping itu potensi kerjasama masa hadapan antara Malaysia dan UK terutamanya dalam meneroka pembangunan produk hiliran bernilai tambah tinggi berasaskan sawit bagi mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi baharu turut dibincangan dalam pertemuan tersebut.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menganjurkan rundingan meja bulat dengan para peneraju utama industri sawit tempatan, bakal pelabur serta pakar teknikal dari Malaysia dan UK,” katanya.


Mah turut memaklumkan beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Eropah bagi Misi Rundingan Sawit Malaysia-EU bermula Sabtu ini (10 Feb).

Selain bertemu beberapa orang pesuruhjaya EU serta pembuat dasar, misi rundingan itu juga melibatkan pertemuan bersama wakil kerajaan dari enam negara EU iaitu Jerman, UK, Belgium, Sepanyol, Itali dan Poland.

“Misi ini bertujuan berunding dengan anggota mesyuarat rundingan tiga hala dari negara yang berpengaruh bagi mendapatkan sokongan dan menyampaikan pendirian tegas Malaysia berkenaan ketidakadilan terhadap industri sawit,” katanya. – BERNAMA

Kategori