Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Pahang Yang Di-Pertuan...

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan...

Jenama Tempatan Juga Bermutu...

KREATIF… Pertandingan Reka Cipta Iklan Komersial 2018 anjuran Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan...

Demi ‘Abang Nak Tegur’,...

BAGI yang mengikuti perkembangan pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pasti sudah tahu beliau...

Najib Umum Stadium Pertama...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan sebuah...

LKIM Akan Perluaskan Jualan Ikan Q-Fish

KUALA SELANGOR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang mengguna pakai pelbagai kaedah dalam memperluaskan pengedaran dan penjualan ikan segar sejuk beku Q’Fish ke seluruh negara.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata langkah itu dibuat berikutan bekalan ikan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Dengan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat, kita akan menambah lagi bekalan ikan ini bagi pasaran seluruh negara.

“Selain mewujudkan kiosk jualan Q-Fish, kita juga bercadang meluaskan jualan menerusi pelbagai kaedah lain termasuk di Kedai Rakyat 1 Malaysia, online (dalam talian) dan menggunakan mesin vending yang ditempatkan di stesen LRT (Transit Aliran Ringan),” katanya selepas menghadiri program Jualan Sentuhan Rakyat di perkarangan bangunan UMNO Kuala Selangor di sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata buat masa ini, jualan ikan itu hanya dibuat di beberapa lokasi terpilih termasuk di pasar tani dan lokasi program Jualan Sentuhan Rakyat.


Irmohizam berkata dengan memperluaskan lagi penjualan ikan tersebut ia dapat memberi alternatif kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan ikan dengan harga berpatutan.

“Tujuh jenis ikan Q’Fish seperti ikan kembung, pelaling, selar yang kita tawarkan ini rasanya setanding ikan segar biasa. Selain tidak menggunakan sebarang bahan pengawet, pembungkusan ikan ini juga dijaga bagi menjamin kualitinya,” katanya. – BERNAMA

Kategori