Sunday, April 21, 2024

Creating liberating content

Motosikal 150cc Ke Atas...

Melaka : Semua motosikal model baharu berkuasa 150cc dan ke atas akan diwajibkan...

Tersebar Di Whatsapp, Matematik...

Soalan kertas 1 Matematik untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) juga dipercayai telah...

Covid-19 Pengaruhi Tingkah Laku...

KUALA LUMPUR - Satu kaji selidik oleh Vasa.ai menunjukkan tingkah laku pembelian pengguna...

Khutbah Mana Galak Ekstremisme?...

KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang peguam bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan...

Lelaki Maut Dipercayai Diserang Buaya Di Lahad Datu

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut selepas dipecayai diserang seekor buaya ketika mencari lokan bersama anak lelakinya di Sungai Ladang Seberang Peringkat 5, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata kejadian itu disaksikan sendiri anaknya yang cuba menolong mangsa dalam kejadian jam 6 petang itu.

“Berdasarkan keterangan anak mangsa berusia 15 tahun itu, ayahnya dilibas buaya sebelum tersangkut di dahan kayu di sungai dan dia menarik mangsa ke tebing sungai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata berikutan serangan buaya itu, mangsa cedera termasuk di tangan, dada serta calar di badan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Hamzah berkata sumber pendapatan mangsa adalah mencari lokan di sungai tersebut untuk dijual. – BERNAMA

Kategori