• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ini Bangga Ada 2 Isteri Bak Artis Korea

oleh
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH suami ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen Thailand yang bukan sahaja terpana malah terkesima dengan kehebatan lelaki berusia 42 tahun itu mampu hidup bahagia berpoligami.

Bahkan nama Manop Nuttayothin menjadi tular sejak seminggu lalu apabila memiliki dua isteri yang cantik bak artis Korea Selatan, sehingga ceritanya dijadikan rujukan ramai suami yang berhasrat tambah ‘cawangan’ baharu.

Gambar eksklusif Manop intim mesra dengan isterinya, Warissara Poksrichan dan Nattaya Tongpan, namun cukup dicemburui selain ditakuti wanita yang sudah berkahwin di negara ‘gajah putih’ itu jika diteladani suami mereka.

Segala-galanya bermula apabila isteri keduanya, Warissara, 32, kecil hati melihat ramai wanita gemar ‘menayang’ suami mereka menerusi laman sosial Facebook ketika Hari Kekasih atau Valentine Day pada 14 Februari lalu.

Dia kemudian bertindak balas apabila memuat naik pula foto dengan suami dan madunya itu, keadaan bergaya seksi pada lewat hari tersebut sehingga tular dikongsi netizen lebih 6,000 kali dalam masa tidak sampai sehari sahaja.

“Kami bahagia hidup bersama sejak beberapa tahun lalu. Kami tidak pernah berubah fikiran terhadap dirimu. Sebaliknya apa berubah hanyalah saiz buah dada kami masing-masing cuma 600cc dan 450cc. Awak sukakannya!”

Kapsyen bernada pujian pada gambar dihantar melalui akaun Facebook milik Warissara itu, yang sebenarnya merujuk kepada kuasa enjin motosikal, tempat premis mereka bekerja; kemudian tiba-tiba ‘meletup’ tanpa disangkakan.

“Ramai wanita selalu berbual tentang kehebatan suami mereka melalui media sosial. Mereka belum tahu, suamiku juga hebat malah ada dua isteri serentak amat cantik dan sembilan anak!” katanya dipetik portal berita tempatan.

Manop dalam pada itu ketika ditemu ramah stesen televisyen setempat mengakui pernah memiliki tiga isteri, namun pasangan pertamanya yang dipanggil sebagai Dear meninggal dunia setelah melahirkan tiga anaknya.

Dia kemudian hidup bersama isteri kedua, Warissara yang kini berusia 32 tahun, lebih 10 tahun lalu. Kemudian Manop berkahwin pula dengan Nattaya, 26, dan kini dikurniakan tiga anak masing-masing dari setiap isterinya itu.

Kedua-dua isterinya itu kini rajin membantu perniagaan Manop yang aktif dalam menjual pelbagai komponen dan alat ganti kenderaan untuk pelbagai siri acara litar perlumbaan kereta atau motosikal di seluruh Thailand.

Uniknya Manop menyatakan, meskipun status kedua-dua wanita tersebut adalah isteri, dia tetap membayar gaji kepada mereka sama seperti pekerja yang lain tetapi merahsiakan jumlah upah diberikan kepada dua madunya itu.

Bagaimanapun Nattaya ketika diwawancara pihak media tempatan menjelaskan semua ini bukan tentang wang sebab Manop memang dari dahulu lagi jenis kuat bekerja demi masa depan anak-anak membesar dengan sempurna.

“Itu benar. Ia untuk anak-anak. Dia sanggup memberi mereka 100 peratus. Tetapi jika kami minta dia sebanyak 1,000 baht, dia hanya akan memberi kami 200 baht,” balas Warissara bersetuju sambil tersenyum penuh manja.

Manop mengaku sangat beruntung dapat memiliki tiga isteri cantik dan mendedahkan rahsia pernikahannya boleh kekal bahagia adalah dia tidak akan membiarkan konflik rumah tangga dan masalah seharian dibiar berterusan.

“Memang setiap masa pun ada masalah, saya akan segera berbincang dengan mereka serta menyelesaikannya pada hari itu juga,” kata Manop yang juga berusaha untuk bersikap lebih adil terhadap Warissara dan Nattaya.

“Itu hal yang lumrah terjadi. Saya kadang kala terlalu sibuk dengan yang satu, sementara lainnya terabai. Jika ini terjadi, saya berusaha tangani dan kami melakukan bersama-sama. Itu adalah cara yang terbaik,” jelas Manop.

Warissara dalam pada itu mengatakan bahawa suaminya adalah lelaki yang cukup adil. Dia juga memberi penuh perhatian dan bekerja keras sehingga mereka amat jarang bergaduh waima melibatkan isu yang agak besar.

“Ini semua tentang pemahaman dan kepercayaan. Kami saling mencintai dan prihatin antara satu sama lain. Sebab itu, kami boleh hidup gembira dan yakin dengan sikap suami,” tegas Warissara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: poligamiThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd