Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt Di Kelantan...

PUTRAJAYA - Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Kelantan adalah 1.43 melepasi Rt negara,...

Sabah Sasar Empat Juta...

KOTA KINABALU - Sabah menyasarkan ketibaan empat juta pelancong pada tahun depan, kata...

Gempa Sulawesi : Jambatan...

KOTA PALU (Sulawesi) - Jambatan Palu IV, binaan ikonik Kota Palu yang sering...

Aksem Perlis Sita 639...

KANGAR - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) merampas 639 karton minuman keras pelbagai...

Lelaki Bodoh Dikecam, Kucing Pengelap Kereta

TINDAKAN seorang lelaki yang menjadikan seekor kucing seperti kain buruk untuk membasuh kereta Mercedes SUV miliknya telah mencetuskan kemarahan ramai.

Ia mendorong polis di Rusia menjalankan siasatan selepas video kekejaman terhadap kucing itu dimuatnaik dalam media sosial.

Lelaki berkenaan, telah mengangkat kucing yang sedang tidur di bawah kereta di luar rumahnya di Gulkevichsky sebelum menggosok kucing itu di kenderaan terbabit.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mencelup kucing berkenaan dalam bekas berisi air lalu menggunakan bulu kucing berkenaan untuk mengelap kekotoran pada kereta mewah terbabit.

Dia dan kawan-kawannya kemudian ketawa dan mereka menggambarkan seakan kucing itu suka diperlakukan sedemikian rupa.


Antara yang mengecam lelaki itu adalah pencinta binatang yang menganggap lelaki itu sebagai bodoh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori