• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Kekal Nombor Dua Dunia – BWF

oleh Ahmad Albab
08/02/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengekalkan kedudukan selaku pemain nombor dua dunia untuk 10 bulan berturut dalam ranking terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini.

Menurut BWF dalam laman sesawangnya, www.bwfbadminton.com, Chong Wei mengumpul 76,924 mata selepas beraksi dalam 13 kejohanan.

Untuk rekod, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu menduduki ranking kedua dunia sejak Julai tahun lepas.

Penyandang juara dunia Viktor Axelsen dari Denmark dan dua kali juara dunia, Chen Long dari China, masing-masing kekal di kedudukan pertama dan ketiga dalam ranking dunia selepas mengumpul 79,580 dan 74,216 mata.

Sementara, pasangan beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai memperbaiki kedudukan mereka selepas berjaya berada dalam kelompok 10 teratas buat pertama kali, berikutan prestasi membanggakan pada kejohanan Malaysia Masters dan Indonesia Masters.

Pasangan itu melonjak dua anak tangga selepas mengumpul 53,082 mata, manakala rakan sepasukan mereka, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing jatuh satu anak tangga ke kedudukan ke-11 dengan mengutip 52,780 mata.

Satu lagi pasangan Malaysia, Chan Peng Soon-Cheah Yee See jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-22 selepas mengumpul 38,690 mata.

Dalam kategori beregu lelaki, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turun dua anak tangga di tempat ke-15 selepas mengumpul 46,033 mata, namun rakan sepasukan mereka, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi naik satu anak tangga di tempat ke-22 dengan 42,045 mata.

Dua pemain perseorangan wanita negara – Soniia Cheah dan Goh Jin Wei – juga kekal di tempat ke-27 dan 30, masing-masing mengumpul 35,503 dan 34,536 mata, manakala Lee Ying Ying turun satu anak tangga ke kedudukan ke-47 dengan 27,511 mata.

Ranking dunia itu dikeluarkan BWF secara mingguan. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd