• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Perkhidmatan ‘Doula’ Untuk Tindakan

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung individu yang menawarkan perkhidmatan “doula” atau “peneman bersalin”, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata setakat ini perkhidmatan ‘doula’ tidak ditawarkan di negara ini.

“Kalau ada laporan, kementerian akan ambil tindakan dan siasat. Jika didapati bersalah akan ambil tindakan… undang-undang kita ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian bayi yang dilaporkan dilahirkan di rumah akibat lemas kerana lahir secara songsang dan hanya disambut oleh suami yang tidak berpengalaman dengan bantuan ‘doula’ menerusi panggilan telefon yang tular di Facebook baru-baru ini.

Dr Hilmi menasihatkan para ibu terutamanya yang mempunyai risiko supaya bersalin di hospital kerajaan yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi dan mempunyai pakar serta jururawat bertauliah.

Sementara itu, berhubung kes rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak, Dr Hilmi berkata jangkitan rabies kepada manusia masih terkawal dan beliau menasihatkan orang ramai yang digigit anjing supaya segera mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

“Kalau kena gigit cepat-cepat cuci luka itu dan kena pergi klinik kerajaan untuk rawatan,” katanya.

Sejak Jun tahun lepas, tujuh orang dimasukkan ke beberapa hospital sekitar Sarawak akibat digigit anjing dengan enam meninggal dunia termasuk yang terbaru Ahad lepas (4 Feb) dan hanya seorang sahaja selamat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd