• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Changi ‘Dipecah Masuk’ Motosikal?

oleh AK-47
01/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUANG legar Lapangan Terbang Changi di Singapura semalam kecoh dengan satu kejadian pelik melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang diparkir secara selamba oleh seorang lelaki.

Menurut laporan beberapa media tempatan, pemilik motosikal jenis Honda CB400 terbabit bertindak meletakkan kenderaannya berhampiran sebuah restoran makanan segera McDonald’s di terminal 2 lapangan terbang tersebut.

Penunggang lelaki yang berusia 25 tahun itu dikatakan berjaya ‘pecah masuk’ setelah melepasi pelbagai kawalan ketat dan sistem keselamatan lapangan terbang yang dikenali sebagai antara paling canggih di dunia itu.

Namun, tindakannya itu tidak lama apabila sekumpulan polis dengan bantuan beberapa anggota keselamatan lapangan terbang telah menahannya dan dipercayai, suspek mempunyai masalah mental.

Kejadian aneh tetapi lucu yang berlaku sekitar jam 5 petang itu mujur tidak mengakibatkan apa-apa kecelakaan kepada orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Insiden pelik itu turut dirakam oleh seorang pengguna Facebook tempatan, ‎James Kok‎ , yang kemudian memuat naik beberapa keping gambar tersebut ke laman sosial.

Gambar-gambar yang dirakam itu menunjukkan secara jelas nombor plat pendaftaran motosikal terbabit yang diletakkan elok secara bersebelahan dengan tangga restoran.

Kok turut berkongsikan rakaman video pendek menunjukkan suspek yang berbaju biru dikerumuni beberapa pegawai polis di lapangan terbang moden berkenan.

Apa yang mencetuskan persoalan kepada netizen ialah bagaimana penunggang terbabit berjaya melepasi kesemua pemeriksaan walhal Changi dikenali antara terbaik dan tercanggih dari segi kawalan keselamatan.

“Nasib baik lelaki tu tidak mempunyai sebarang niat, kalau dia normal rasanya dah macam-macam dia hentam tahap securty airport,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Changilapangan terbangSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd