• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langgar Lampu Merah Saman Paling Banyak

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sebanyak 1,129 saman dikeluarkan oleh polis Selangor hari ini dalam Operasi Lampu Merah sempena Pelancaran Op Selamat Tahun Baharu Cina dalam 16 kawasan di sekitar negeri ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, DSP Sahimi Husin berkata, dalam operasi selama dua jam yang berakhir pada pukul 12 tengah hari itu, sebanyak 34 motosikal turut disita polis atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi pada hari ini kesalahan tidak mematuhi isyarat lampu merah merupakan kesalahan terbanyak dikesan dan sebanyak 281 saman telah dikeluarkan, diikuti dengan kesalahan tiada lesen memandu,193 saman.

Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tiada cukai jalan, 130 saman; lain-lain kesalahan 161 saman; tiada cermin sisi,151 saman; tidak memakai topi keledar, 107 saman dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, 106 saman, ” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di Meru, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan.

Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina yang bermula semalam sehingga 23 Feb ini antaranya bertujuan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya selain mencegah jenayah pecah rumah dan curi kenderaan.

Dalam operasi berkenaan juga, tujuh kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun turut dikenakan tindakan saman dan basikal mereka disita selepas didapati menunggang basikal lajak secara merbahaya.

Kesemua remaja itu ditahan ketika menunggang basikal di sekitar Persiaran Hamzah Alang sehingga ke Pekan Meru.

Kata Sahimi, tindakan mengubah suai basikal menjadi basikal lajak yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan bukan sahaja salah di sini undang-undang malah turut membahayakan nyawa penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan yang kita ambil pada hari ini (saman dan sita) adalah bertujuan untuk memberi mereka kesedaran supaya tidak lagi menggunakan basikal ini di atas jalan raya selepas ini.

Saya juga menasihatkan ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya pada hujung minggu supaya mereka tidak terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti basikal lajak ini,” katanya.

Beliau berkata semua basikal itu disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mempunyai kelengkapan asas seperti brek dan loceng serta membahayakan penggunanya. – BERNAMA

Tags: Op Selamat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usah Gusar Permintaan Ekstradisi Etnik Uighur

Next Post

Penat Kerja, Posmen Ini Buang Surat Ke Tong Sampah

Related Posts

Op Selamat: Polis Kedah Keluarkan Lebih 13,000 Saman

05/05/2022
0

Alor Setar : Polis Kedah mengeluarkan 13,024 saman dalam tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang dilancarkan...

11 Maut, 1,943 Kemalangan Dalam Lima Hari Di Selangor

04/05/2022
0

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam....

Next Post

Penat Kerja, Posmen Ini Buang Surat Ke Tong Sampah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd