Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Utamakan Mangsa yang Hilang...

KUALA LUMPUR - Mereka yang kehilangan rumah dan keseluruhan harta benda akibat dilanda...

Petronas LNG, MISC Gas4Sea...

KUALA LUMPUR - Petronas LNG Ltd (PLL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas),...

1 Kematian, 80 Discaj,...

KUALA LUMPUR - Satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan...

Pertandingan `Kejam’ Tangisan Bayi...

Jepun – Tangisan bayi boleh menjadikan sesetengah orang `naik hantu’ namun dalam pertandingan...

Lama Dalam Industri, Fikhree Reda Diri Tak Dikenali

LAMBAKAN pelakon baharu yang ‘muncul’ bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kini membuatkan ramai pelakon lama bagaikan ‘tertimbus’ oleh mereka semua.

Walaupun sudah tujuh tahun menjadi anak seni, nama Fikhree Bakar masih lagi samar-samar di fikiran penonton drama Melayu.

“Bohonglah kalau saya tidak mahu diri ini dikenali lebih jauh. Namun, apabila sudah sampai tahap matang, saya reda dengan apa saja yang ada di depan mata.

“Pada suatu tahap, saya percaya, cukuplah dengan rezeki yang diterima. Hendak berharap lebih hingga nama jadi popular, jauh sekali,” katanya dipetik daripada BH Online.

Wajahnya yang tampan, tubuh badan yang tinggi lampai tidak menjamin dirinya serta bakat yang dimiliki untuk dikenali oleh penonton.

Namun Fikhree atau nama sebenarnya Mohammed Fikhree Abu Bakar, 35, akui bahawa semua rezeki itu datang daripada Yang Maha Pencipta.

“Bohonglah kalau saya tidak mahu diri ini dikenali lebih jauh. Namun, apabila sudah sampai tahap matang, saya reda dengan apa saja yang ada di depan mata,” tambahnya.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud dia mengejar populariti tetapi ia lebih kepada menghargai karya lakonan pelakon yang lama.

Pelakon telefilem Mr. Istikharah itu tetap berasa bersyukur kerana dia masih mempunyai tawaran berlakon sehingga kini.


“Itu sudah menjadi jaminan… Biarlah orang kenal saya kerana kerja lakon, itu sudah dikira bagus. Namun sekarang, saya reda kalau bukan rezeki dalam bidang lakonan, pasti ada bahagian lain.

“Apatah lagi sekarang saya sudah menjadi bapa… Saya kena pastikan ada rezeki di mana-mana. Setakat ini, alhamdulillah, tawaran berlakon sentiasa diterima, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Fikhre telah dikurniaakn seorang puteri yang diberikan nama Raeesa Ammara hasil perkahwinanya dengan pilihan hatinya, Yeen Uzair pada tahun 2014 yang lalu.

“Setiap niat dan doa itu dipanjangkan kepada-Nya… Kita minta kepada-Nya. Jangan terlalu bergantung kepada orang lain, bukannya dapat rezeki berlakon daripada stesen televisyen (TV) atau ‘kipas’ orang yang ada kepentingan tertentu.

“Bagi saya, kalau ada pelakon memilih cara seperti berbaik-baik dengan penerbit atau apa sekalipun, saya tidak akan persoalkan. Itu cara dan rezekinya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fikhree dan keluarga baru sahaja pulang dari Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah pada hujung tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori