• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota Rumawip Kaum India Belum Dipenuhi

oleh Ahmad Albab
05/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kurang memahami prosedur memohon Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) antara punca kuota 10 peratus kaum India memiliki kediaman itu masih belum dipenuhi, kata Ketua Pemuda MIC Datuk Sivarraajh Chandran.

Beliau berkata maklumat berkenaan diperoleh hasil kajian dan aduan belia India kepada MIC daripada beberapa tinjauan yang dilakukan parti sejak beberapa tahun lepas.

“Oleh itu, Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memperbanyakkan usaha mempromosikan Rumawip dalam kalangan kaum India selain mempermudahkan permohonan berkenaan.

“MIC Wilayah Persekutuan sebelum ini telah menyenaraikan 20 orang pemohon kepada kementerian berkenaan dalam isu Rumawip namun masih belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara kekangan dan cabaran lain yang mungkin dihadapi pemohon adalah kebanyakan warga kota bekerja sepanjang hari dan tidak mempunyai masa dalam menyiapkan atau memahami prosedur permohonan.

Sivarraajh yang juga Penyelaras MIC Parlimen Cameron Highlands turut menangkis dakwaan kononnya belia India tidak suka tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikatakan menjadi faktor kuota permohonan berkenaan belum dipenuhi.

“Kebanyakan mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan ini mampu dan sanggup membeli rumah berkenaan, cuma mereka tidak pasti mengenai program itu,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kaum India perlu merebut peluang membeli Rumawip kerana masih banyak yang belum terisi daripada 10 peratus kuota disediakan untuk kaum India. – BERNAMA

Tags: Kaum IndiaRumawip
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumawip Di Bawah Tanggungjawab KWP – Zuraida

28/03/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan bertangungjawab sepenuhnya terhadap sebarang keputusan mengenai pembinaan atau pembatalan projek Rumah Mampu Wilayah Persekutuan (Rumawip)....

Pendekatan Rohani Banteras Gangsterisme Masyarakat India

21/10/2018
0

PUTRAJAYA - Membanteras gangsterisme melalui pendidikan rohaniah di peringkat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di kuil dan sekolah-sekolah dicadangkan sebagai pendekatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd