• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kucing Bijak Bantu Orang Sesat Keluar Hutan

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH video yang menunjukkan seekor kucing pintar membantu dua orang lelaki yang sesat keluar daripada hutan tular di media sosial di Jepun.

Kisahnya, seorang pengguna Twitter bernama @zc31s_Monster dan rakannya sedang meronda menaiki kereta di sebuah kawasan pergunungan.

Bagaimanapun, mereka berdua tersesat jalan dan malangnya, sistem navigasi kereta mereka juga gagal berfungsi pada masa itu.

Tiba-tiba, seekor kucing comel kelihatan sedang berlegar-legar di situ dan kedua-dua pemuda itu mengambil keputusan untuk mengekori langkahnya.

Alangkah terkejutnya mereka apabila kucing itu seakan-akan ‘faham’ situasi mereka dan terus membawa mereka keluar ke jalan besar.

Bijak sungguh kucing itu, siap toleh ke belakang beberapa kali untuk memastikan kedua-dua pemuda itu masih mengekorinya!

Selepas mencapai beberapa langkah, kucing tersebut dengan gaya comel terkedek-kedek manja ke hadapan seperti ingin mengatakan, “Ikut saya, saya tahu jalan keluar!”

Sehinggakan apabila kedua-dua mereka sudah sampai di jalan besar, kucing itu tetap setia menunjukkan arah seakan-akan menyatakan,“Oh, saya fikir kamu sudah okey sampai sini. Jika kamu masih perlukan khidmat saya, saya akan tunjukkan jalan seterusnya agar kamu berdua pulang dengan selamat!”

Kisah kebaikan kucing itu telah memenangi hati netizen. Ada yang menulis: “Saya jatuh cinta dengan kucing ini. Ia sungguh comel dan baik hati!

“Comel sangat kucing itu, siap pastikan kereta pemuda itu masih mengikutinya dari belakang.

“Entah-entah hantu, tak?”

Video itu sangat popular di Twitter dan telah mencapai tontonan sebanyak 2.82 juta kali setakat ini.

Tengok? Kucing pun pandai bantu orang dalam kesusahan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: jepunkisah viralkucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden KAFA Resah Dengan Prestasi Kelantan

Next Post

Pembantu Rumah Didera Bekerja Sejak 2014

Related Posts

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

Next Post

Pembantu Rumah Didera Bekerja Sejak 2014

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd