HANYA kerana raut wajahnya yang sedikit tegas, pelakon yang dikenali dengan watak Aisy itu telah dilabel sebagai artis kuat ‘demand’.
Baca: Jadi Juri Kekwat, Peminat Tafsir Farah Masuk Politik?
Bagi pemilik nama Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin, 26, tuduhan kononnya dia seorang pelakon yang ‘demand’ itu bukanlah satu isu besar baginya yang baru ingin membina nama dalam industri seni.
“Semenjak drama bersiri Titian Cinta, saya tahu ada yang berkata mengenai ‘demand’. Saya sendiri pelik sebenarnya.
“Tiada isu sebenarnya mengenai ‘demand’. Bercakap mengenai harga, memang pihak pengurusan saya yang tetapkan.
“Kalau mahal pun, mungkin RM100 atau RM200 dari harga lama. Tetapi, semuanya boleh dibincangkan,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.
Menurut gadis kelahiran negeri Kelantan itu, kesemua jadual hariannya telah diserahkan 100% kepada pengurus peribadinya (PA).
Tambah Farah lagi, dia juga ada terdenagr beberapa desas desus mengatakan kononnya dia sombong apabila menyuruh mana-mana pihak yang mahu memberi tawaran lakonan kepadanya, supaya hanya berurusan dengan PA sahaja.
“Sejujurnya, saya sendiri tak ingat jadual saya kerana semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan. Jadi, lebih mudah untuk berurusan dengan PA.
“Tapi saya anggap itu semua lumrah industri hiburan. Biasalah, asam garam bergelar anak seni,” ujarnya lagi.
Farah kini sedang sibuk menjalani pengambaran bagi drama yang berjudul Halalkan Hati Yang Kucuri bersama pelakon tinggi lampai, Aliff Aziz.
Dalam masa yang sama, Farah turut dicalonkan dalam kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (gandingan bersama Zul Ariffin) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018.
Anugerah DFKL 2018 akan mempertandingkan sebanyak 11 kategori dan calon akan ditentukan berdasarkan jumlah undian daripada peminat. – MYNEWSUB.CC/AH