• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Punca Pencemaran Sungai Sayong Diberi Amaran

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kilang memproses baja tinja dan menternak ayam di Johor yang dikenal pasti menjadi punca kepada pencemaran ammonia di Sungai Sayong bakal berdepan tindakan tegas, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk ditutup akan dikenakan jika pemilik kilang itu gagal menyelesaikan masalah pencemaran tersebut dalam tempoh enam bulan yang diberikan kementerian.

“Kementerian memandang serius kes ini kerana bahan buangan daripada kilang itu telah menjadi punca pencemaran kepada empat Loji Rawatan Air (LRA) di Johor dengan satu daripadanya membekalkan air ke Singapura dan tiga lagi membekalkan air kepada lebih 60,000 akaun pengguna di negeri tersebut.

“Semasa melawat ke kilang itu hujung bulan lepas saya telah memberi amaran kepada kilang berkenaan untuk mengambil langkah segera dengan membaiki sistem rawatan terhadap najis ayam jika mahu terus beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Alam Sekitar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab Mengenai Alam Sekitar di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata sehingga itu, pihaknya berpegang kepada janji pengusaha tersebut bahawa mereka akan menggunakan teknologi yang diimport dari Taiwan untuk mengeringkan najis ayam dengan cepat sekali gus mengatasi masalah pencemaran di Sungai Sayong.

Mengenai mesyuarat itu, Wan Junaidi berkata kementerian mempertimbangkan untuk menggunakan pendekatan membina tanah lembap buatan atau ‘constructed wetland’ sebagai alternatif jangka panjang dalam menangani pencemaran sumber air.

Beliau berkata inisiatif yang berfungsi sebagai rawatan dalam air secara semula jadi itu akan lebih berkesan bagi merawat sistem air kumbahan daripada sisa industri seperti seperti perlombongan, makanan, pembuatan logam dan kumbahan domestik melalui penggunaan kaedah kejuruteraan bioteknologi.

Wan Junaidi berkata mesyuarat juga mengesyorkan supaya kerajaan negeri yang berkenaan mewartakan kawasan kelip-kelip yang mempunyai tarikan ekopelancongan.

Katanya langkah itu bertujuan mengekalkan kelestarian populasi kelip-kelip selain memenuhi keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biodiversiti di habitat semula jadi mereka. – BERNAMA

Tags: Pencemaran Sungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

Kerajaan Bina Denai 10,000 KM, Elak Pencemaran Sungai

19/02/2023
0

KOTA BHARU : Kerajaan menyasarkan pembinaan Denai Sungai Kebangsaan (DSK) sepanjang 10,000 kilometer (km) di sepanjang sungai menjelang 2030, dalam...

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

03/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai Di Johor dalam usaha memulihkan sungai-sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd