• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Malaysia Pastikan Telus Hantar Kertas Undi

oleh AK-47
06/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd bagi urusan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi luar negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengambil kira aspek ketelusan memandangkan ia pihak berkecuali.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata langkah itu juga bagi memastikan kecekapan dalam urusan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi terbabit.

“Dalam hal ini, SPR telah mendapat jaminan daripada pihak Pos Malaysia berkaitan aspek keselamatan dan kerahsiaan dengan semua pengendalian penghantaran diklasifikasikan sebagaimana prosedur pos berdaftar menggunakan rangkaian Pos Laju,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan badan bukan kerajan (NGO) Global Bersih membantah langkah SPR menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi mengendalikan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi luar negara dan menggesa SPR menggunakan kembali khidmat Wisma Putra.

Mohd Hashim berkata SPR telah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dalam penghantaran kertas undi pos untuk semua pilihan raya kecil yang dilaksanakan selepas PRU13 dan semasa Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Ke-11 yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Mohd Hashim berkata dengan kaedah penghantaran melalui Pos Malaysia, pengundi tidak perlu bersusah payah mengambil kertas undi di Pejabat Perwakilan Malaysia (Malawakil).

Beliau berkata sebaliknya, sampul kertas undi pos dihantar terus kepada pengundi dan mereka boleh segera mengembalikan terus kepada pegawai pengurus pilihan raya untuk pengiraan kertas undi.

Tambahnya khidmat Pos Malaysia hanyalah untuk penghantaran sahaja dan kosnya ditanggung oleh SPR.

“Untuk pengembalian semula kertas undi pos yang telah ditanda, pengundi boleh mengembalikannya semula dengan menggunakan perkhidmatan mana-mana syarikat penghantaran, dan kos pengembalian semula itu adalah ditanggung sendiri oleh pengùndi pos terbabit.

“Pengundi juga hendaklah mengembalikan kertas undi pos tersebut kepada pegawai pengurus pilihan raya untuk pengiraan sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi,” katanya.

Menurut Mohd Hashim, pengundi turut dibekalkan panduan untuk menanda kertas undi pos dengan betul dan dinasihatkan agar merujuk kepada SPR sekiranya terdapat sebarang kemusykilan dengan menghubungi talian 03-88810081 atau e-mel ke [email protected].

Dalam pada itu, katanya SPR telah menerima sebanyak 695 permohonan mengundi melalui pos dari luar negara sejak ia dibuka pada 23 Jan lepas.

Permohonan tersebut akan ditutup pada hari pembubaran Dewan Rakyat nanti, katanya. – BERNAMA

Tags: SPRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd