• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Setuju Penuhkan Kuota Import Demi Lang Merah

oleh Ahmad Albab
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bersetuju untuk memenuhkan kuota pemain import kelima yang juga kuota Asean, bagi membantu pasukan Lang Merah mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persetujuan untuk memenuhkan kuota pemain import telah diberikan, namun pemilihan pemain akan dibuat oleh jurulatih Ramon Marcote dan pengurusan KFA.

“Bila jurulatih dan pengurusan KFA mencadangkan perkara itu, saya lihat ia adalah keperluan untuk memenuhkan kuota pemain import bagi membantu memperkemaskan lagi pasukan.

“Saya tidak tahu siapa yang akan dipilih dan serahkan kepada jurulatih serta pengurusan KFA untuk buat pemilihan dan saya akan lihat prestasi pemain import itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pemberian Cermin Mata Percuma Kepada Rakyat di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung spekulasi bekas pemain Selangor, Andik Vermanshah yang bakal menyertai skuad Lang Merah untuk memenuhi kuota pemain Asean.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata dakwaan berhubung jumlah gaji pemain Kedah yang tular dalam laman sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

“Kita tidak tahu benda (gaji) itu daripada siapa, namun kita akan siasat. Tapi ia tidak benar dan saya minta semua penyokong supaya jangan mudah percaya dengan perkara seperti ini yang dilihat ada niat tersembunyi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd