• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pelajar Bunuh Diri: Jangan Terus Buat Kesimpulan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihat tidak terus membuat kesimpulan berhubung kes pelajar perempuan Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Nibong Tebal, Pulau Pinang yang meninggal dunia selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya, baru-baru ini.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata semua pihak perlu bertenang kerana hakikat sebenar kejadian masih belum diketahui.

“Ibu bapa juga dinasihat berbincang dahulu dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Sebaiknya perlu ada bersama pihak pengetua atau guru besar, wakil ibu bapa dan wakil kesatuan dalam perbincangan tersebut,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) bagi membincangkan topik ‘Profesionalisme Perguruan’ di sini malam tadi.

Beliau berkata orang ramai tidak boleh membuat kesimpulan awal mengenai isu berkenaan kerana ia masih disiasat polis.

Mohamad Ali berkata orang ramai hendaklah memberi kepercayaan kepada pihak polis kerana mereka memerlukan masa untuk menyiasat isu berkenaan secara komprehensif.

Jika sesuatu isu timbul di sekolah, ibu bapa perlu menyiasat perkara berkenaan terlebih dahulu dengan mengadakan perbincangan bersama pihak sekolah bagi mengetahui punca sebenar permasalahan berlaku, tegasnya.

“Sekiranya tidak boleh diselesaikan di peringkat dalaman, saya cadangkan mereka membawa sesuatu kes itu ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk dibincangkan tanpa perlu mengambil tindakan tidak wajar.

Katanya tindakan sedemikian perlu bagi mengelakkan sebarang ketegangan antara ibu bapa dan pihak sekolah lantas mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis dan tenteram untuk anak-anak di sekolah.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, yang merupakan panelis kedua dalam program itu, turut mengingatkan para guru supaya merujuk semula Tatasusila Profesion Perguruan Guru Malaysia sebelum melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap pelajar mereka.

“Menurut tatasusila itu, tanggungjawab guru terhadap pelajar termasuk lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain, bersikap adil kepada pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik dan ekonomi serta merahsiakan ikhtisas atau hal sulit pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya,” jelasnya.

Pada 1 Feb lepas, M.Vasanthapiriya, 13, meninggal dunia setelah tujuh hari berada dalam keadaan koma selepas menggantung diri di bilik rumahnya, dipercayai tertekan akibat dituduh mencuri telefon bimbit gurunya dalam kejadian 24 Jan lepas. – BERNAMA

Tags: bunuh diripelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd