• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dera Bayi: Polis Yakin Siasatan Siap Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes bayi berusia 46 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat didera pada Khamis lalu dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Roshan Nik Abdul Aziz berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan beberapa individu termasuk anggota keluarga bayi berkenaan selain akan memanggil beberapa lagi termasuk jiran keluarga tersebut untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui motif sebenar mereka (suami isteri) mendera bayi itu sehingga mangsa mengalami kecederaan dalaman dan luaran termasuk pendarahan luar otak,” katanay ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Menurutnya buat masa mayat bayi itu masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi membolehkan pakar pergigian menjalankan pemeriksaan dan ujian lanjut ke atas mangsa berikutan terdapat beberapa kesan gigitan di pipi serta badannya.

“Kemungkinan proses pemeriksaan dan ujian itu akan selesai esok kerana pakar berkenaan perlu melakukan pemeriksaan secara terperinci bagi mengenal pasti kesan gigitan yang terdapat pada mangsa sama ada ia daripada ibu atau bapa bayi tersebut,” katanya.

Nurul Ain Umairah Muhammad Firdaus dilaporkan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi ketika dalam perjalanan ke HSJ pada Khamis.

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas Nurul Ain Umairah, bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan di luar otak selain terdapat banyak kecederaan lebam, luka dan calar pada badan mangsa.

Berikutan itu, polis menahan sepasang suami isteri yang merupakan ibu bapa bayi berkenaan dan mereka direman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera sejak beberapa minggu lepas berdasarkan keadaan kecederaan dan lebam yang terdapat pada badan bayi malang itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama di HSJ mendapati beberapa anggota keluarga bayi berkenaan tiba di Unit Forensik hospital tersebut kira-kira 10 pagi ini untuk menuntut jenazahnya.

Mereka bagaimanapun dilihat meninggalkan kawasan berkenaan tidak lama kemudian selepas dimaklumkan proses pemeriksaan ke atas jenazah Nurul Ain Umairah belum selesai.

Menurut ibu saudara bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 20-an, mereka akan membawa pulang jenazah ke Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah di sini untuk dikebumikan selepas semua proses pemeriksaan selesai. – BERNAMA

Tags: Kes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd