• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk Banyak Subsidi Tidak Langsung – PM

oleh AK-47
18/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan telah memberi banyak subsidi tidak langsung dan tidak dinyatakan dalam pelbagai bidang yang sebaliknya tidak disedari oleh rakyat.

Kata Najib lagi, beliau mendengar seruan meminta kerajaan menyediakan subsidi untuk rakyat mengurangkan kos sara hidup.

Namun. sebenarnya kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang banyak untuk subsidi dalam berbagai sektor.

“Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018, sebanyak RM3.9 bilion disediakan untuk subsidi barang dan pengangkutan seperti gas memasak, tepung, minyak masak, dan banyak lagi.

“Selain subsidi untuk barang, terdapat subsidi elektrik dan tol supaya kenaikan kadar elektrik dan tol dapat dielakkan,” kata Najib dalam kenyataan rasminya.

Najib turut menekankan bahawa kerajaan juga telah memperuntukkan subsidi kesihatan yang tinggi setiap tahun,iaitu sebanyak RM26.5 bilion disediakan untuk penjagaan kesihatan meskipun kutipan dalam sektor tersebut hanya sebanyak RM600 juta bagi tahun 2018.

“Maka perbelanjaan selebihnya ditanggung penuh oleh kerajaan,” jelas Najib lagi.

Sejak tahun 2012, yuran wajib dikecualikan sepenuhnya di sekolah Kerajaan, manakala Kerajaan turut membiayai kira-kira 90 peratus daripada yuran pengajian universiti.

Contohnya, yuran program pengajian perubatan sebelum subsidi adalah sebanyak RM289,885.

Namun selepas subsidi, pelajar hanya perlu membayar yuran sebanyak RM9,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Bagi sektor perumahan pula, Kerajaan telah menyediakan subsidi dalam bentuk bantuan deposit iaitu Skim MyDeposit dan subsidi rumah kos rendah seperti PPR, Rumah Generasi Kedua Felda, Rumah Bina Negara RISDA dan banyak lagi.

Sehubungan itu, Najib menyeru rakyat agar tidak termakan tuduhan bahawa kerajaan langsung tidak menyediakan subsidi untuk rakyat dan menegaskan bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaksubsidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perintah Berkurung ESSZone Dilanjut Hingga 6 Mac

Next Post

Adam Shahz Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Adam Shahz Sanggup Bersumpah Depan Al-Quran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd