• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

oleh Ahmad Albab
27/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penekanan lima prinsip iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta telah dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif di peringkat negeri dan persekutuan.

“Misalnya tahun ini kerajaan mengumumkan ADAM50 (Amanah Dana Anak Malaysia) iaitu skim yang memberi faedah kepada setiap anak Malaysia yang lahir dari 2018 hingga 2022. Itu adalah prinsip yang keempat iaitu menjaga keturunan.

“Lagi satu contoh, sijil halal yang dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mendapat pengiktirafan dari negara-negara Arab, sehingga mereka menjadikan Malaysia sebagai negara contoh bagi mengeluarkan sijil halal. Itu hasil daripada usaha mempraktikkan prinsip pertama iaitu memelihara agama.” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Multaqa Murabbi Ummah peringkat Wilayah Persekutuan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, di sini hari ini. — LAGI

Pada majlis tersebut Jamil Khir mengumumkan peruntukan kerajaan persekutuan menerusi Jakim sebanyak RM17 juta kepada Wilayah Persekutuan untuk membayar imbuhan bulanan kepada imam, bilal, noja (siak) berjumlah RM1.6 juta, guru takmir (RM787,200) dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) berjumlah RM14.6 juta.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM2.8 juta sebagai bayaran ‘one-off’ tahun 2018 kepada imam, bilal, noja, guru takmir dan guru KAFA di Wilayah Persekutuan.

Katanya daripada peruntukan tersebut, jumlah bayaran ‘one-off’ kepada imam adalah RM232,500, bilal dan noja RM724,500, guru takmir RM123,000; dan guru KAFA RM1.7 juta.

Program Multaqa Murabbi Ummah yang merupakan kerjasama antara Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menghimpunkan 1,500 imam, bilal, noja masjid dan surau, guru takmir dan guru KAFA dari Wilayah Persekutuan.

Ia diadakan bagi memberi penjelasan berkenaan hal ehwal berkaitan pengurusan, pengimarahan masjid, pendidikan dan isu-isu semasa dalam negara kepada para peserta. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

Kerajaan Perluas Manfaat BUDI95 Kepada Lebih 31,000 Penerima Baharu

07/10/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan kelayakan menikmati sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kini diperluaskan kepada tiga kelompok baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd