• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Fokus Lahirkan Modal Insan Berkualiti

oleh Ahmad Albab
10/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kerajaan sentiasa menekankan pendidikan berkualiti dalam teras agenda pendidikan negara bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam semua aspek, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam belanjawan setiap tahun sama ada pendidikan awal atau pendidikan tinggi bagi melahirkan pelajar yang berjaya sekali gus membentuk pemimpin masa depan.

“Mengapa kerajaan perlu melabur dengan jumlah yang cukup tinggi? Ertinya kerajaan ada fokus dari segi modal insan, kerajaan mahu lihat Malaysia menjadi sebuah negara maju. Insya-Allah pada TN50 (Transformasi Nasional 2050) sasaran kerajaan sebanyak 60 peratus tenaga kerja kita memiliki diploma atau ijazah pertama,’ katanya.

Timbalan perdana menteri berkata demikian pada Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu Program Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.

Hadir sama, isteri timbalan perdana menteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Canselor UTHM Prof Dr Wahid Razzaly dan Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Mentor UTHM Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Ahmad Zahid juga berkata kebanyakan pemimpin di negara ini juga lahir daripada kejayaan sistem pendidikan negara ini yang dibentuk dengan baik.

Beliau berkata ada pihak yang menuding jari bahawa sistem pendidikan negara ini salah, namun pada hakikatnya mereka yang menuding jari itu perlu melihat kesalahan mereka sendiri.

“Pemimpin harus dibentuk dan bukan dilahirkan, Kami tidak dilahirkan sebagai pemimpin tetapi dibentuk sebagai pemimpin kerana sistem pendidikan negara ini yang baik. Mana mungkin saya berdiri di hadapan tuan-tuan hari ini jika tanpa sistem pendidikan,” katanya.

Katanya mahasiswa ketika ini amat beruntung kerana kerajaan memberi keutamaan terhadap aspek fizikal dan kerohanian bagi memastikan mereka berjaya sekali gus memenuhi sektor pekerjaan pada masa akan datang.

Kepada mahasiswa UTHM, Ahmad Zahid menasihati mereka supaya menggunakan peluang melanjutkan pelajaran di universiti itu dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Peluang hanya datang sekali sahaja seumur hidup bagi menyeimbangkan duniawi dan ukhrawi, bagi menjadi insan yang kamil dan aset kepada negara dan bukannya liabiliti,” katanya yang turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk pembangunan kampus UTHM di Tanjong Laboh, di sini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd