Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

RUU Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah...

Tommy Page Meninggal Dunia...

PENYANYI dan penulis lagu yang yang popular dengan lagu “I’ll Be Your Everything" pada...

Melaka Nafi Guna Wang...

MELAKA - Kerajaan negeri menafikan dakwaan menggunakan wang kerajaan untuk urusan parti politik...

The Rock Pegang Rekod...

PELAKON The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson melakar sejarah Guinness World mengambil...

BN Jaga Kebajikan Masyarakat Luar Bandar

JEMPOL – Kebajikan masyarakat luar bandar dijaga dengan lebih baik di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata ini dibuktikan menerusi peruntukan yang besar diterima kementerian itu saban tahun.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan memberikan yang terbaik kepada masyarakat luar bandar.

“Tahun lepas kementerian menerima sebanyak RM3.87 bilion merupakan kedua terbesar. Pembangunan masyarakat luar bandar ini bila dimohon terus diberi oleh Datuk Seri Najib. Ini kerana kerajaan yang ada pada hari ini menghargai masyarakat luar bandar.

“Jadi jika mahu bermacam-macam bantuan, kenalah kekalkan sokongan kepada kerajaan hari ini,” katanya pada program Tinjauan Mesra Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Parlimen Jempol di Kampung Jeram Panjang, Palong 8, di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata di Negeri Sembilan, kementerian telah meluluskan sebanyak 379 unit rumah PPRT untuk dibaik pulih dan 32 unit dibina baharu.

“Bagi kawasan Jempol, sebanyak 97 unit rumah PPRT akan dibaik pulih tahun ini dan lapan dibina baharu,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan projek rumah PPRT Nazri Arshad, 45, yang menerima peruntukan bagi membina kediaman tiga bilik dua bilik air dengan kos RM56,000. – BERNAMA

Kategori