• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Shahrizat: Desperate Atau Paksa Cara Halus

oleh Ahmad Albab
13/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AGAK janggal melihat langkah gelabah dan kempen agresif Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil dalam berkempen menawarkan dirinya sebagai calon Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Sangat mengejutkan. Ketika seluruh jentera BN berkempen dengan fokus menjelaskan peranan BN sebagai kuasa penerus kesinambungan kerajaan sedia ada, Shahrizat tiba-tiba muncul berkempen untuk dirinya.

Shahrizat tidak menafikan berita dirinya mahu menjadi calon Sungai Besar, malah terus-terang cuba meyakinkan semua orang, bahawa dirinya sangat layak menjadi calon BN Sungai Besar.

Paling aneh, Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Jamal Md Yunus menjadi broker kempen ini. Menjelang PRU 14, inilah satu-satu kempen terbuka yang dilakukan demi seorang calon.

Karpet merah lagi. Samada ia simbolik atau apa niatnya, di mata awam, ia sensasi murahan yang membawa gelaran: Apalah jenuhnya pemimpin jenis kemaruk penghormatan ini! Berpada-padalah berkempen.

Bermuhasabah dulu sebelum bertindak dengan perbuatan yang memberi impak tidak baik pada imej parti.

Persoalannya: Apakah semua kempen ini dilakukan dengan restu PM dan TPM selaku dua de facto utama dalam persoalan memilih calon? Atau dibuat secara terdesak, kerana Shahrizat menyedari, bahawa tanpa tindakan mendesak secara halus, namanya mungkin tercicir sekali lagi.

Shahrizat harus sedar dirinya liabiliti. Ya, dia seorang Ketua Wanita. Namun, era politik sudah berubah. Menjadi ketua apa sayap pun, ia bukan jaminan menjadi calon.

UMNO berpegang pada kriteria winnable dan likeable calon. UMNO sudah lama bermuhasabah: Kedudukan seseorang dalam parti bukan cerminan ia calon popular di kalangan pengundi.

Soal dirinya Ketua Wanita, atau kaitan kerusi Sungai Besar sebagai kuota wanita UMNO adalah alasan yang langsung tidak masuk akal.

Sharizat kena ingat: Pada PRU 13 lalu, dirinya digugurkan kerana dia liabiliti parti. Soal kekal sebagai Ketua Wanita pula, realitinya mudah. Shahrizat terus kekal sejak isu skandal korporat itu berlaku, pemilihan parti belum diadakan.

Status populariti Shahrizat belum diuji. Kalau ada pemilihan, besar kemungkinan jawatan Ketua Wanita akan dicabar. Malah, besar kemungkinan Shahrizat tewas kerana kemarahan awam sangat luar biasa terhadap UMNO apabila isu kepentingan keluarga dalam skandal kroni korporat meletup pada 2012.

Samada bersalah atau tidak dengan tuduhan itu, ia isu teknikal perundangan. Namun, untuk parti dan imej di kalangan pengundi – Shahrizat masih dilihat sebagai liabiliti!

Atau Shahrizat desperate? Dia perlu bertanding dan menang dalam PRU 14. Kalau tidak dicalonkan, dia sudah punya hitungan. Tanpa status MP, dia akan dicabar dan kalah dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO yang akan diadakan selepas PRU.

Dalam kempen awalnya kelmarin, Shahrizat turut menyatakan, dirinya bukan orang luar di Sungai Besar.

Perghhh. Hebat. Inilah masalah orang UMNO bila kena sawan gila nak jadi calon. Apa saja benda dan isu, akan dijawab sebagai semuanya bukanlah satu isu. Inilah penyakit denial yang akan melingkupkan parti!

“Saya ingin bercakap mengenai beberapa perkara asas. Pertama saya bukan orang luar di Sungai Besar. Selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia, malah sewaktu saya menjadi Naib Ketua pun, saya kerap juga datang di Sungai Besar ketika arwah Tan Sri Noriah Kasnon menjadi Ketua Wanita di sini.

“Sewaktu PRK (Pilihan Raya Kecil) juga saya bersama Datuk Yati Ketua Wanita UMNO Selangor (Datuk Norhayati Onn) dan wanita menjadi jentera tulang belakang di Sungai Besar. Bagi saya selaku ketua saya merasakan semua kawasan Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) kita seperti satu keluarga dan tidak ada garis pemisah.

“Saya bukan pemimpin yang hanya duduk di Kuala Lumpur. Saya selalu turun ke padang dan saya memahami naluri dan juga citarasa di peringkat akar umbi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani di Taman Ehsan, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jemputan Jamal untuk beliau bertanding di Parlimen Sungai Besar pada PRU-14 nanti.

Kegilaan jenis ini bukan lagi jenaka. Ia menyakitkan hati dan memulakan wabak: Gila berkempen menjadi calon. Terutama bagi yang desparate. Harap UMNO dapat mengawalnya!

Harus diingat, dalam keadaan sekarang, berita-berita kisah orang UMNO gila hendak menjadi calon PRU 14 adalah berita yang paling tidak perlu dibaca orang.

Bukan apa, UMNO harus kekal mempromosi iltizam parti.

Bukan muka-muka yang senak dalam parti! – MYNEWSHUB.CC

Tags: PRU-14Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Anak Bergaduh, Mak Keluar Pedang Samurai

Next Post

35 Anggota ‘Geng 360’ Didakwa Di Johor

Related Posts

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan beliau akan bertanding jawatan...

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

Next Post

35 Anggota 'Geng 360' Didakwa Di Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd