• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen JomPicnic SSM Meriah, Sarat Aktiviti Best!

oleh
12/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAPPENING habis! Lebih 1,000 warga kerja Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta ahli keluarga memeriahkan program JomPicnic yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, di ibu negara baru-baru ini.

Bagi memeriahkan acara kempen Happy Family ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka, senam tari, lucky draw dan juga pelancaran buku.

Memang havoc gila!

Program menyeronokkan ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh yang merangkap Pengerusi SSM.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh.

Menurut Jamil, program perkelahan berkonsepkan potluck ini dianjurkan dengan matlamat mengeratkan serta mewujudkan hubungan yang rapat dan baik di kalangan ahli keluarga.

“Bagi memeriahkan program ini, semua warga kerja sehati sejiwa membawa makanan untuk berkongsi bagi menyemarakkan lagi semangat kekeluargaan.

“Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka untuk kanak-kanak dan pertandingan oleh setiap bahagian,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran program JomPicnic.

Apa yang menariknya, segala persiapan untuk majlis itu diuruskan sendiri oleh tenaga kerja SSM, termasuklah penyediaan makanan yang berkonsepkan potluck atau satu keluarga, satu hidangan.

Antara juadah yang menjadikan semua kecur liur adalah laksa utara, nasi lemak, pulut kuning dan rendang ayam serta pelbagai juadah pencuci mulut.

Turut hadir pada program tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner serta Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Seri Dr. Asmah Samat.

Zahrah ketika ditemui Mynewshub berkata, program ini pertama kali diadakan secara besar-besaran yang mana merupakan inisiatif untuk menggerakkan Kempen Keluarga Bahagia sepanjang tahun 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner.

Program yang julung kali diadakan ini dilakukan serentak di seluruh negara dan anggaran keseluruhan yang hadir adalah dalam 5,000 orang termasuk di Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, Zahrah turut meluahkan rasa syukur  kerana program ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

Sementara itu, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Mass Rapid Corporation Sdn. Bhd. (MRT CORP), Rafflesia The Pearl Centre, Touch ‘n Go Sdn. Bhd., WWF Malaysia, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad, Sunway Lagoon Sdn. Bhd., Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd., Dorsett Putrajaya, Minaz, Glowing Concept Sdn. Bhd., PiccaBooth dan juga Telekung Siti Khadijah.

Dalam perkembangan lain, SSM juga bakal muncul dengan pelbagai program lain pada masa akan datang yang mana boleh diketahui menerusi laman sesawang rasmi di http://www.ssm.com.my/. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: SSMSuruhanjaya Syarikat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

SSM Nafi Dakwaan Kebocoran Data Entiti Perniagaan Di Malaysia

30/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menafikan dakwaan terdapat kebocoran data membabitkan entiti perniagaan di Malaysia seperti dilaporkan beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd