• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adelina Terima Pampasan RM63,900

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pampasan dan tunggakan gaji berjumlah RM63,900 telah dibayar kepada keluarga Adelina Lisao, pembantu rumah warga Indonesia yang mati didakwa akibat didera.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata bayaran itu meliputi tunggakan gaji dari Januari 2015 hingga Februari 2018, berjumlah RM35,900 dan selebihnya pampasan untuk keluarganya termasuk kos penghantaran jenazah dan pengebumian.

“Bayaran itu telah dibuat pada 13 Februari lepas kepada Konsulat Jeneral Indonesia di Pulau Pinang,” kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan keluarga wanita itu mahukan pampasan serta tunggakan gaji selama tiga tahun yang tidak dibayar majikannya.

“Kes kematian Adelina adalah satu kejadian yang amat menyayat hati, saya berasa kesal kerana ia berlaku di Malaysia,” kata Zahrain.

Pada 10 Februari lepas, Adelina, 28, ditemui dalam keadaan tidak bermaya dengan kesan lebam di kepala, tangan dan kaki akibat didera di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Adelina meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Bukit Mertajam. Jenazahnya telah dihantar dan selamat dikebumikan di provinsi Nusa Tenggara Timur pada 19 Februari.

Bercakap kepada media yang dihadiri ramai wartawan Indonesia hari ini, Zahrain berkata Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mereka yang didapati bersalah dalam kes berkenaan.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, seorang wanita warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh Adelina.

M.A. Ambika, 60, didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Adelina di rumahnya di Medan Kota Permai 2, Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam pada 4 petang, 10 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada warga emas berkenaan, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 19 April depan untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Di mahkamah sama, anak perempuan warga emas itu didakwa atas pertuduhan mengambil bekerja pembantu rumah berkenaan yang diketahuinya tidak mempunyai pas yang sah.

R.Jayavartiny, 32, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 55 (B) (1) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Niat Mahathir Terajui Negara Jadi Satira Indonesia

14/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Keinginan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang berusia hampir seabad, untuk kembali menerajui Malaysia menjadi satu satira lucu...

Kedutaan Malaysia Pantau Kes Banduan Bolos Penjara

22/06/2017
0

JAKARTA - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sedang memantau perkembangan kes seorang rakyat Malaysia yang bolos dari penjara Kerobokan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd