Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Letak Bayi Di ‘Baby...

KUALA LUMPUR - Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu berasa...

Polis Bahagian Cawangan Khas...

GEORGE TOWN - Seorang anggota polis dari Cawangan Khas ditemukan mati di hadapan...

Tampilkan UMNO Sebagai ‘Party...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu ditampilkan sebagai ‘a party of the future’ (sebuah...

5 Bahagian Sarawak Diisytihar...

KUCHING: Lima bahagian di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan kawalan penyakit kaki dan mulut...

Kelantan Sedia Runding Dengan Persekutuan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan kerajaan persekutuan berhubung pelbagai isu berbangkit membabitkan Orang Asli di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ini kerana masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata, malah turut melibatkan beberapa isu lain terutama berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Setakat yang kita tahu, berdasarkan pertemuan yang lepas dengan (wakil) masyarakat Orang Asli ini, bukan soal pembalakan sahaja yang dibangkitkan (tapi turut menyentuh), malah ketidakpuasan hati dari segi pengurusan antara kerajaan (persekutuan) melalui JAKOA membabitkan kebajikan mereka.

“Isu ini berkait, jadi kalau kerajaan nak jumpa dengan kerajaan negeri kita alu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi catatan laman Facebook, beliau melaporkan menerima kunjungan Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud bagi membincangkan isu semasa mengenai pengurusan sumber asli (hutan) dan masyarakat, terutama Orang Asli.

Mengulas mengenai sekatan pembalakan yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang ketika ini, Mohd Amar berkata tidak semua Orang Asli bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jaringan Orang Asal SeMalaysia (Jaringan) Kelantan itu.


“Saya difahamkan ada 50 Orang Asli yang membuat laporan polis kerana sekatan yang dilakukan oleh Jaringan itu mengganggu kehidupan mereka memandangkan ia dibuat di laluan utama keluar masuk untuk menghantar makanan.

“Kita tak boleh mengadakan rundingan dengan Jaringan kerana mereka merupakan pertubuhan tidak berdaftar. Tak betul kalau kerajaan (negeri) berunding dengan satu badan yang tidak diiktiraf,” katanya. – BERNAMA

Kategori