• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Bantu Kesan Maklumat Diri 2 Warga Emas

oleh AK-47
02/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjaya mengesan maklumat pengenalan diri dua warga emas di Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan di Kempas, di sini, yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sejak menghuni pusat jagaan itu.

Ketua Pengarah JPN Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata Unit Korporat dan Unit Perkhidmatan Operasi (Unit Mobile) JPN menerusi program “Walk Out Jejak Identiti” berjaya mengesan rekod kad pengenalan warga emas wanita dan lelaki berkenaan melalui Pusat Pengurusan Rekod JPN.

“JPN menerima permohonan rayuan pada Ogos lepas bagi mendapatkan kad pengenalan diri melalui pusat jagaan tersebut. Identiti penghuni yang berjaya dikesan adalah seorang wanita, Supi Ahmad, 81, yang berasal dari Muar dan seorang lelaki, Kamari Husin, 59, dari Simpang Renggam dekat Kluang.

“Kedua-dua warga emas itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sejak menghuni pusat penjagaan itu iaitu Supi pada 2007 manakala Kamari pada 2011,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pengenalan diri (kad pengenalan) kepada dua warga emas terbabit di pusat jagaan tersebut, hari ini.

Mohammad Razin berkata bagi mendapatkan maklumat kedua-dua warga emas tersebut, JPN telah mendapatkan kerjasama pihak hospital dan polis.

Beliau berkata memandangkan kedua-dua warga emas itu merupakan bekas pesakit mental, maka, agak sukar bagi JPN mendapatkan kenyataan yang sahih kerana tidak dapat berhubung dengan waris dan saudara mara kedua-dua mereka.

“Di bawah program Walk Out Jejak Identiti, pihak JPN perlu membuat semakan beratus-ratus rekod pendaftaran kelahiran yang lama dengan hanya berpandukan petunjuk yang tidak pasti, namun, JPN berjaya mengesan rekod daftar kelahiran sehingga akhirnya menemukan rekod kad pengenalan Kamari.

“JPN juga kemudian berjaya mengesan nombor rekod yang disyaki adalah nombor pengenalan diri Supi setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah Hospital Permai untuk membuat semakan terperinci rekod peribadi dan rekod perubatannya,” kata beliau.

Menurut Mohammad Razin, Supi dan Kamari kini mempunyai kad pengenalan versi terbaru iaitu Mykad setelah sekian lama tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohammad Razin AbdullahJPN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

Permohonan MyKid Dibuka Semula – JPN

25/07/2024
1

Putrajaya: Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 29 Julai ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd