• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Garis 6 Fokus Utama Bangunkan Dekad Baharu

oleh Ahmad Albab
04/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menggariskan enam fokus utama yang menjadi panduan dalam strategi membangunkan Dekad Baharu Johor dalam masa 10 tahun akan datang.

Mohamed Khaled berkata dekad baharu itu akan menyaksikan era perubahan drastik dalam struktur ekonomi, pola pembangunan, kualiti hidup masyarakat dan kesejahteraan lingkungannya.

“Fokus pertama kerajaan negeri adalah membangunkan prasarana Johor berskala besar yang akan menjadikan Johor sebuah negeri dengan prasarana paling kemas, moden, terancang dan saling berhubung.

Johor mesti mempunyai prasarana abad ke-21 kerana kita tidak boleh mewariskan Johor kepada generasi akan datang dengan prasarana kurun ke-19 yang usang. Sedekad dari sekarang, pelbagai projek pembangunan prasarana seperti Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-JB-Singapura akan siap beroperasi,” katanya berucap pada majlis Amanat 2018 yang dihadiri pelbagai pihak termasuk penjawat awam dan pertubuhan bukan kerajaan, di sini hari ini.

Menurutnya, fokus kedua adalah mensasarkan perubahan drastik struktur ekonomi dengan berorientasikan ekonomi masa hadapan.

“Ekonomi Johor dalam sedikit masa lagi akan berorientasikan ekosistem digital dipandu oleh data-data, kita akan teroka dan mengungguli ekonomi digital dan kreatif tanpa mengabaikan sektor ekonomi tradisional,” katanya.

Beliau berkata perkara ketiga adalah memantapkan tatakelola kerajaan dan tadbir urus yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang.

“Sistem tatakelola yang ada waktu ini telah mula lapuk dan ketinggalan, cara kerajaan mengurus sistemnya dan operasi harus melalui tranformasi yang sewajarnya,” katanya.

Mohamed Khaled berkata fokus keempat pula terjurus kepada menggandakan usaha besar-besaran untuk membangunkan pemikiran, bakat dan kemahiran setiap Bangsa Johor.

Antaranya adalah dengan memastikan setiap anak muda khususnya mendapat pendidikan yang selayaknya dan setiap keluarga mesti memiliki sekurang-kurangnya seorang graduan atau mereka yang berkemahiran tinggi, katanya.

Menteri Besar berkata fokus kelima pula adalah menjamin kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama.

“Dekad Baharu Johor akan memastikan budaya bangsa dan kehidupan agama tidak akan sesekali terpinggir dan dalam konteks pembangunan, kemajuan nilai serta ketinggian akal budi dan kelestarian alam sentiasa menjadi penanda aras ampuh kepada setiap projek pembangunan,” katanya.

Tambah Mohamed Khaled, fokus terakhir adalah kesejahteraan dan keselamatan insan bagi memastikan 10 tahun akan datang dengan Johor mempunyai institusi keluarga yang kukuh, gejala sosial menurun, indeks jenayah negeri menjunam dan jurang kualiti hidup bandar dan luar bandar menjadi yang terbaik di Malaysia. – BERNAMA

Tags: JohorKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

03/06/2026
0

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan "berkawan semula" dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam...

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor –  Syahir Sulaiman

PMX Jemaah Menteri Tidak Perlu Berkampung Di Johor – Syahir Sulaiman

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri disaran tidak berkampung di Johor sempena Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd