• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan, Zizan Bakal Kembali Bergandingan

oleh Haris
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak terkenal, Jozan yang dianggotai pelawak dan penyampai radio, Johan dan pelakon terkenal, Zizan Razak.

Biarpun Johan dan Zizan masih mewarnai industri hiburan negara, mereka berdua kini jarang membuat kemunculan bersama di televisyen.

Ini membuatkan peminat kumpulan Jozan sentiasa tertunggu-tunggu akan kemunculan semula mereka berdua.

Namun, bagi mereka yang sudah lama menantikan kemunculan semula mereka boleh menarik nafas lega apabila Johan mengesahkan mereka berdua akan kembali menjalinkan kerjasama.

Johan, 34, mendedahkan bahawa dia dan rakan baiknya itu akan digabungkan menerusi dua program televisyen tidak lama lagi.

Jelas Johan, dia teruja untuk kembali bergandingkan bersama Zizan setelah bertahun-tahun tidak muncul bersama di kaca TV.

Johan juga berkata gabungan ini akan dapat mengubat kerinduan peminat-peminat Jozan yang telah sabar menunggu sejak Maharaja Lawak Mega 2012.

“Insya-Allah ada dua program yang bakal memperlihatkan kami sebagai hos bersama tetapi buat masa ini belum boleh beritahu program apa.

“Memang teruja sebab dah lama tak bergandingan menerusi program televisyen dan peluang diberikan ini adalah rezeki untuk kami.

“Sudah tentu saya menantikan gabungan ini dan berharap ia dapat mengubat kerinduan peminat yang sering tanya bila kami akan kembali mengacara bersama,” katanya dipetik sumber mStar Online.

Walaupun masih belum boleh mendedahkan nama bagi program tersebut, Johan memberi bayangan bahawa program yang bakal menggandingkan mereka itu berkonsepkan bual bicara dan sebuah pertandingan realiti.

Johan kali terakhir bekerjasama dengan Zizan di program pagi radio Era apabila Zizan muncul sebagai penyapai radio jemputan di program Johara Pagi Era.

Kedua-duanya lahir dari program Raja Lawak musim pertama terbitan Astro sebelum digandingkan bersama dalam program Jozan Show dan mencapai kemuncak populariti apabila menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2012.

Bercerita tentang perkembangan terbarunya, Johan berkata, selain program bersama Zizan tidak lama lagi, dia juga kini sibuk mengatur beberapa program yang akan dierbitkan untuk siaran Aidilifitri.

“Alhamdulillah ada beberapa projek besar yang sedang saya rangka buat masa ini dan paling terdekat program bersempena Aidilfitri,” ujarnya.

Johan juga bakal bertindak sebagai juri tetap program Ceria Megastar terbitan Astro bersama Datuk Aznil Nawawi bermula Mac depan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: JohanJozanZizan Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zizan Dipuji Netizen Bantu Orang Awam Di Jalanan

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang pemandu yang tertidur ketika berada di persimpangan...

Alami Sesak Nafas, Zizan Masuk Hospital

04/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Disebabkan terlalu penat bekerja, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengalami sesak nafas sehingga dimasukkan ke hospital. Kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd