• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jual, Main Mercun Pada Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
11/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli, menjual, memiliki atau bermain mercun atau bunga api ketika sambutan Tahun Baharu Cina pada 16 Feb ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia Datuk Asmawati Ahmad berkata ini kerana larangan terhadap mercun atau bunga api masih lagi berkuat kuasa.

Katanya, hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ sahaja dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.

“Bagaimanapun, penjualan kedua-dua jenis mercun ini masih memerlukan permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkaitan dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Asmawati berkata individu yang memiliki, menjual, membeli dan bermain sebarang mercun atau bunga api boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Bermain atau membakar mercun yang dilarang juga boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi satu bulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Selain itu, beliau berkata mana-mana pihak yang didapati mengilang, memiliki atau mengimport mercun tanpa permit boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000.

“Polis berharap agar larangan ini dapat dipatuhi oleh semua pihak demi mengelak daripada berlakunya kecederaan dan kematian serta punca kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda,” kata Asmawati. – BERNAMA

Tags: mercunTahun baharu Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd