• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Guna Industri Jadi Platform Raih Populariti”

oleh
25/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON drama popular, Arash Mohd meluahkan rasa kecewa terhadap lambakan usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti dalam negara.

Memetik laporan BH Online, luahan berkenaan dikongsi oleh Arash menerusi salah satu entri dalam laman Facebook miliknya pada Khamis.

Arash atau nama sebenarnya, Azman Shah Ramlee berkata lambakan golongan itu dalam industri seni tanah air sebenarnya lebih memberi kesan yang negatif berbanding positif.

“Apa yang diperhatikan adalah industri ini semakin tercalar bukan saja dengan nyanyian dan lakonan mereka, malah dengan tingkah laku.

“Kita tidak tahu daripada datangnya usahawan selebriti tiba-tiba nak menyanyi, buat filem dan mahu disanjung,” katanya menerusi entri berkenaan.

Menurut Arash, kehadiran mereka sebagai usahawan kosmetik bukan sahaja menghasilkan mutu lakonan dan nyanyian yang tidak berkualiti malah turut menampilkan sikap ‘syok sendiri’.

“Lihatlah sikap mereka di media sosial. Mengadu penat berlakon. Malah sedikitpun tidak boleh dikritik apabila netizen tidak menyukai filem berkenaan,” ujar Arash lagi.

Dalam pada itu, Arash berpendapat kehadiran usahawan selebriti ke dunia seni sebenarnya lebih mendorong kepada hanya ingin mencari populariti demi melariskan produk semata-mata.

“Disebabkan itu mereka menyelit dalam industri sedangkan pelakon lama bertatih dari bawah untuk hasil produk berkualiti. Mereka memang ada wang tetapi tidak boleh beli jiwa penonton,” katanya.

Sehubungan itu, Arash mengingatkan para usahawan selebriti agar sedar bahawa tindakan mereka itu lebih mendatangkan kesan negatif yang mana boleh mempengaruhi golongan muda kelak.

“Saya kesal dengan situasi ini sedangkan dulu tidak berlaku. Jangan menunjuk-nunjuk sangat, jangan syok sendiri dan jangan memuji diri sendiri.

“Usahawan kosmetik dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan,” tegas Arash. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: arash mohdDatuk Seri Aliff SyukriDatuk Seri VidaNetizennetizen bawangNur Sajat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tanah Suci Bukan Tempat Fesyen, Anzalna Beringat

Next Post

Keserasian Pemain Lama, Baharu Mantap Lang Merah

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Keserasian Pemain Lama, Baharu Mantap Lang Merah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd