Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Import Ayam...

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan,...

‘Lebai Ali Food Street’...

BANDAR Kuantan kini memiliki tarikan pelancongan terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food...

15 Gadis Diberi Dadah,...

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian...

Berita Buruk Untuk Barat,...

PRESIDEN China, Xi Jinping mengukuhkan dan melanjutkan kedudukannya sebagai Presiden apabila dewan meluluskan...

Jamie Oliver Dijangka Tutup 12 Restoran

SELEBRITI Chef, Jamie Oliver dijangka menutup 12 restorannya, menjadikan 200 pekerjanya berisiko kehilangan kerja. Keputusan itu dibuat selepas pelan penyusunan semula yang dibuat oleh Oliver telah ditolak oleh pemiutang.

Penutupan itu merupakan sebahagian daripada Perjanjian Sukarela Syarikat yang membolehkan rangkaian restoran itu dapat menjamin pengurangan sewa dan keluar dari restoran yang tidak menguntungkan.

Kakitangan restoran yang terlibat kini sedang berunding namun ada antara mereka yang akan ditempatkan di restoran lain. Oliver mempunyai 25 restoran di UK dan 28 buah di luar negara.

Tahun lepas Oliver menutup enam restorannya dan beliau menyalahkan Brexit kerana menyebabkan kenaikan harga. Brexit menyaksikan UK keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Kejatuhan pound yang menyebabkan kenaikan kos bahan telah memberikan kesan kepada rangkaian restoran Oliver.


Hari ini, 95 peratus daripada pemiutang termasuk tuan tanah mengundi memihak kepada perjanjian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori