• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izreen Berang, Anaknya Dikaitkan Dengan Amar

oleh
25/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar… Sebelum nak fitnah atau sebarkan sesuatu perkara, pastikan ia sahih dan jangan sekadar mereka cerita sahaja.

Inilah yang berlaku pada diri pelakon kontroversi, Izreen Azminda apabila sebuah akaun berunsur provokasi menerusi laman Instagram telah memuat naik gambar anaknya, Adrian bersama dengan Aqeef Anaqi yang merupakan anak kepada pelakon Amar Baharin bertujuan utnuk menfitnah dirinya.

“Sampai anak saya awak nak babitkan! Nak mengata saya pun mengata dan tabur dosa dekat saya jerlah. Yang nak babitkan anak Amar dan anak saya yang tak berdosa ni dah kenapa?” tulis Izreen di postingnya semalam.

Hidup tu jgn biadapppp!!!! Takder life ker??? Sampai anak saya awak nk babitkan!!! Nk mengata sy pun mengata n tabur dosa dekat sy jer lah.. Yg nk babitkan anak amar dan anak sy yg tak berdosa ni dah kenapa???!!!! Saya berkahwin dgn bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13.. Kalau anak org lain apa jadahhhhnya bertahun tahun dlm perot!!! Org kalau ada life dan bahagia takkan sibok pasal kehidupan org lain!!! Nmpk sgt awak tak bahagia sbb tu sebokkk nk korek kehidupan manusia lain!!! Saya diam agak lama eh… Ada juga yg nk kena tindakkan ni!!! Jgn ingat saya diam.. sy tak amik peduli…. Nmpk sgt hati awak tu busuk sampai followers awak sendiri yg hantar pic ni dekat saya!!!tunggu ehhhh!!! (TAK MENTION NAMA SAYA PUN DAH TERANG TERANGAN TU MUKA ANAK SAYA.. BODOH TU SIMPAN SIKIT!!! ALHAMDULILLAH DIATAS FITNAH YG DILEMPARKAN… JANJI SAYA BAHAGIA ATAS REZEKI DAN KETENTUAN YG ALLAH BERIKAN UNTUK SAYA… KORANG? HATI KOTOR DAN PENUH DOSA.. TIAP2 HARI TAMBAH DOSA…SBB TERLALU GHAIRAH NK BUKA AIB ORG LAIN…OWH LUPA…ORG TAKDER LIFE…DIRI SUCI TANPA DOSA CONFIRM MASOK SYURGA…SADISSSS 😊💋)

A post shared by 💗MADAM IZREEN AZMINDA💗 (@izreen.azminda) on Feb 21, 2018 at 10:56pm PST

Malah, Izreen turut menyatakan tarih perkahwinannya bersama dengan bekas suami, Muhammad Riza pada tahun 2012 yang lalu dan anaknya, Muhammad Adrian Umar pula lahir setahun selepas itu.

“Saya berkahwin dengan bekas suami 30.8.2012 dan anak saya lahir pada 13.07.13. Kalau anak orang lain apa jadahnya bertahun-tahun dalam perut,” tambahnya.

Dalam erti kata lain, akaun Instagram itu menuduh bahawa Izreen mempunyai hubungan sulit dengan Amar yang merupakan suami kepada pelakon cantik manis, Amyra Rosli.

Kononnya akibat hubungan sulit antara Izreen dan Amar, maka lahirlah Adrian yang merupakan hasil daripada hubungan sulit mereka berdua sebelum itu.

Disebabkan itu, Izreen turut memberikan amaran keras kepada pemilik akaun berkenaan supaya tidak menfitnah serta melibatkan bayi yang tidak berdosa.

“Orang kalau ada life dan bahagia takkan sibuk pasal kehidupan orang lain!!! Nampak sangat awak tak bahagia sebab tu sibuk nak korek kehidupan manusia lain!!! Saya diam agak lama eh… Ada juga yang nak kena tindakan ni!!! Jangan ingat saya diam..saya tak ambil peduli….” tulisnya lagi.

Lebih melampau bila caption yang ditulis oleh pemilik akaun berkenaan turut menyuruh supaya bekas suami Izreen untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan bahawa Adrian merupakan anak kandungnya dan bukan anak hasil hubungan sulit Izreen bersama Amar Baharin.

Gambar ketika mereka berlakon bersama bagi drama Kerna Terpaksa Aku Relakan sekitar tahun 2014.

Kenapa perlu libatkaan anak kecil yang tak berdosa tu? Sampai sanggup fitnah macam tu sekali. Melampau sungguh fitnah yang ditabur ke atas bekas pengacara program Mahligai Cinta itu.

Berdasarkan pemerhatian, akaun yang diberi nama sebagai eh_sentap_pulak itu merupakan akaun yang diwujudkan bagi menyebarkan aib tentang mana-mana selebriti perempuan yang berstatus isteri kedua atau lebih dikenali sebagai ‘perampas’ dalam bahasa yang sering mereka gunakan di akaun berkenaan.

Namun selepas isu itu mendapat perhatian netizen dan media, akaun berkenaan telah menukar mode kepada private.

Akaun berkenana turut sering berkongsikan kiriman mesej daripada mana-mana individu yang mempunyai infomasi tentang selebriti wanita yang lain antaranya Fasha Sandha, Adira Suhaimi dan juga isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz, iaitu Datin Seri Haflin.

Sudah-sudahlah tu buat fake akaun semata untuk menjatuhkan orang lain. Orang tu tak kacau periuk nama anda dan untuk apa anda tabur pasir dalam periuk nasi mereka?

Apa faedah yang kalian dapat dengaan mewujudkan akaun seperti itu? Adakah ianya bagaikan satu kepuasan atau untuk menambah dosa sahaja?

Izreen kini telah berkahwin dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Wahid atau Ude, 29, pada Ogos lalu. Disebabkan perkahwinan itu, Izreen tak putus-putus dihentam oleh masyarakat. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: amar baharinfitnahizreen azmindaNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sabri Kesal Watak ‘Pok Ya Cong Codei’ Dimanipulasi

Next Post

Video: 7 Beradik Makan Bersuap, Bikin Netizen Sebak

Related Posts

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Next Post

Video: 7 Beradik Makan Bersuap, Bikin Netizen Sebak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd