• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Isteri Tak Cemburu, Lebih Saran Keluar Zon Selesa”

oleh
01/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUJANGGA pernah berkata di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita yang mendorong. Malah, di sebalik kehebatan seorang suami, ada seorang isteri di sampingnya.

Begitulah yang disimpulkan pengacara terkenal, Alif Satar saat bercerita mengenai isteri kesayangan, Shadila Halid yang merupakan pengkritik dan pada masa sama pendorong utama dalam karier seninya.

“Pengorbanan utama isteri adalah apabila dia ambil keputusan meninggalkan kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa dan jaga dua puteri kami. Jadi saya tidak mahu khianati kepercayaan isteri,” katanya dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Alif berkata lagi bahawa isterinya sama sekali tidak pernah meletakkan sebarang syarat terhadapnya untuk berlakon dengan artis tertentu khasnya pelakon wanita.

“Sebaliknya, isteri lebih menyarankan saya keluar dari zon selesa demi mengembangkan kerjaya seni. Bagi saya, perkara utama adalah percaya. Ia elemen penting dalam rumah tangga.

“Kami masing-masing perlu tahu peranan diri sendiri, malah misi utama saya adalah untuk mencari rezeki untuk keluarga,” ujar pengacara berusia 28 tahun ini.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang kini mencecah usia 12 tahun, Alif memberitahu bahawa hal itu banyak mendewasakan diri.

“Banyak perkara yang saya lalui sebelum sampai ke peringkat ini.Saya menyimpan impian membawa bidang seni ke peringkat lebih gah di mata dunia. Insha Allah. Semoga hasrat saya itu tercapai, suatu hari nanti,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sebagai membuka tirai tahun 2018, Alif diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan Anugerah Juara Lagu Ke-32 bersama Sherry Al Hadad pada 11 Februari depan.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: alif satar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas 12 Hari, Alif Satar Kini Bebas Covid-19

04/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar Hospital Melaka, kelmarin. Alif berkata,...

Ibu, Bapa, Adik, Pembantu Peribadi Alif Satar Positif Covid-19

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ibu, bapa, adik bongsu dan pembantu peribadi Alif Satar turut disahkan positif Covid-19 hari ini selepas penyanyi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd