• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Selamat Bersalin, Lan Solo Dapat Puteri Ketiga

oleh
25/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini, penyanyi Lan Solo memberitahu bahawa dia berasa khuatir jika tidak sempat bersama dengan isterinya, Nur Sheila Hassim ketika proses melahirkan anak keempat mereka.

Baca: Terpaksa Kerja Jauh, Lan Takut Isteri Bersalin Awal

https://www.instagram.com/p/Bfjl8TPhXV_/?taken-by=lansolo_official

Namun pagi ini, Lan atau nama sebenanya, Mohd Razlan Mohamed Yusuf telah berkongsi satu berita gembira yang mana puteri baharu mereka sudah selamat dilahirkan hari ini.

“Alhamdulillah.. 4:10 pagi tadi! Tq Allah.. tq semua yg mendoakan keduanya,” tulisnya menerusi perkongsian di laman Instagram pagi tadi.

Bayi yang diberi nama Nur Amna Q itu telah selamat dilahirkan secara normal pada pukul 4:10 pagi tadi di Pusat Perubatan Rampai Puteri, Kuala Lumpur dengan berat 2.5 kilogram.

Namun mereka masih tidak mendedahkan nama penuh si kecil itu dan hanya memberitahu sebahagian sahaja.

“Syukur dan terima kasih kepada semua yg mendoakan kesihatan KY dan puteri kami. Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ye.. . Aamin,” tulisnya di akaun Instagram Sheila.

Akaun Instagram kedua-dua pasangan itu telah menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan mereka turut berterima kasih atas doa yang diberikan.

Dalam masa yang sama, Lan dan isteri belum lagi berkongsikan tentang keadaan bayinya kerana sebelum ini dikatakan si kecil itu akan mengalami Cleft Lip atau dikenali sebagai sumbing.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud mereka tidak bersyukur atas kehadiran si kecil itu, ianya juga membuatkan Lan dan isteri menjadi lebih matang dalam membesarkan anak-anak mereka.

Apa yang penting sekali ialah kesihatan si kecil itu dan ibunya sendiri.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Lan dan Sheila. Semoga dengan kehadiran bayi keempat ini akan membuatkan mereka menjadi ibubapa yang terbaik!

Hasil perkahwinan pada Disember 2009 yang lalu, Lan dan Sheila telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: cahaya mataLan SoloNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”

Next Post

Ayda Jebat Rimas Dengan Lelaki Poyo Berlagak Macho

Related Posts

Hasrat Timang Anak Sulung Tak Kesampaian, Wanita Hamil Dan Ibu Maut Kemalangan

Hasrat Timang Anak Sulung Tak Kesampaian, Wanita Hamil Dan Ibu Maut Kemalangan

03/12/2023
0

ALOR SETAR: Hasrat seorang wanita menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian selepas dia maut bersama ibu kandungnya dalam kemalangan jalan...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Next Post

Ayda Jebat Rimas Dengan Lelaki Poyo Berlagak Macho

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd