• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iraq Tekad Bangun Semula Infrastruktur & Moral

oleh AK-47
09/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Iraq bertekad untuk membangunkan semula negara berkenaan secara fizikal serta moral, dan perkara itu akan diketengah semasa Persidangan Antarabangsa Pembinaan Semula Iraq, yang bakal berlangsung di Kuwait City dari 12 hingga 14 Februari ini.

Kuasa Usaha Kedutaan Republik Iraq, Hassan Muhsen Al Haidari, berkata beliau berharap pembinaan semula itu tidak akan tertumpu pada fizikal semata-mata tetapi juga perlu membabitkan moral rakyatnya.

“Kami berharap persidangan ini akan menjadi platform bagi pembinaan semula Iraq bukan sahaja dari segi pembinaan semula negara bahkan pembinaan moral rakyatnya,” katanya kepada Bernama di pejabat beliau di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dasar yang digunakan oleh kumpulan militan Daesh sebelum ini ketika menguasai Iraq adalah zalim dan hanya membawa kepada kemusnahan seterusnya menyebabkan kemusnahan infrastruktur serta kematian rakyat.

Katanya, persidangan ini adalah sebahagian daripada komitmen Pakatan Antarabangsa untuk memerangi Daesh.

Hassan berkata wakil Iraq akan hadir di persidangan itu bagi membentangkan hasil kajian mengenai jumlah dana dan data yang diperlukan untuk perancangan pembinaan masa depan negara tersebut.

“Dalam persidangan itu, kami akan membentangkan lebih 150 projek pelaburan di Iraq termasuk pembinaan semula infrastruktur, sektor swasta, sektor pendidikan dan jalan raya,” katanya.

Beliau juga berkata Kedutaan Iraq di Malaysia telah menghantar memorandum rasmi kepada Wisma Putra untuk mempelawa syarikat Malaysia agar turut serta dalam persidangan itu.

Persidangan itu, yang akan dipengerusikan Kuwait, Iraq, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia, bertujuan merancang pembangunan semula Iraq selain memperkukuh kerjasama antara negara penyumbang serta institusi pembangunan antarabangsa dan pelabur swasta.

Persidangan itu, yang dinaungi Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah, turut diadakan bagi meraikan pembebasan Iraq daripada penguasaan Daesh.

Setakat ini, lebih 1,800 syarikat dari 70 negara telah mengesahkan kehadiran mereka dalam persidangan itu. – BERNAMA

Tags: Hassan Muhsen Al HaidariIraq
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

Malaysia Buka Kembali Kedutaan Di Iraq Dalam Masa Terdekat

19/08/2023
0

LUMUT – Kerajaan akan membuka kembali Kedutaan Besar Malaysia di Iraq dalam masa terdekat selepas perincian berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd