• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inspektor Polis Sabit Rasuah Dipenjara 6 Tahun

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Izzwan Jamaluddin, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Haldar menjatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Izzwan, yang sebelum ini bertugas di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak mulai hari ini.

Mohd Izzwan turut didenda RM25,000, atau penjara 12 bulan, bagi pertuduhan pertama menerima RM5,000 daripada Syahrull Sharahudeen, yang didakwa terlibat dalam jenayah berkaitan dadah, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadapnya.

Kesalahan itu dilakukan pada 6.25 petang di belakang Restoran KFC Restaurant, Kuala Berang, pada 20 Ogos, 2015.

​​​​​​​Dia turut didenda RM100,000, atau penjara 24 bulan, bagi kesalahan kedua kerana meminta RM20,000 daripada Syahrull bagi tujuan sama pada 8 malam di sebuah rumah di Kampung Durian Kassim, Ajil, pada 15 Ogos, 2015.

Mohd Izzwan, yang kini digantung kerja dan berniaga di pasar malam, gagal membayar denda dan dia dihantar ke Penjara Marang.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan Hanif, manakala timbalan pendakwa raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohamad Fadhly Mohd Zamry, mengendalikan pendakwaan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd