• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti 2 Mangsa Ditemui Lemas Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Identiti dua mangsa yang ditemukan lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. S. Somu berkata mayat pertama yang ditemukan dikenali sebagai Hashir, 38, seorang warga Indonesia manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi, 14.

Katanya, tiga mangsa yang masih belum dijumpai ialah bapa kepada Jamaluddin iaitu Rapawi Jum’ada, 37, Jaleha Hashim, 48, dan Silawati Zailan (umur belum dapat dipastikan).

“Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Sungai Buloh sebelum diserahkan kepada anggota keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian ini merupakan yang pertama sejak 2013 dan polis akan melarang orang awam memancing di kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh dekat sini, diperluaskan sehingga 20 kilometer dari jarak mangsa dihanyutkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata operasi diteruskan hari ini dengan kekuatan lebih 70 anggota bomba bersama agensi lain seperti polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Azmi berkata pihaknya turut menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor untuk membuat pencarian.

“Anggota dari Balai Bomba Kuala Selangor akan membuat pencarian dari bawah menuju ke lokasi mangsa dilaporkan hanyut.

“Pencarian dari lokasi kejadian juga akan diteruskan, ini strategi yang dirancang untuk hari ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, Azmi berkata Unit Anjing Pengesan (K9) Bomba dan Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) juga digunakan untuk melakukan pencarian di lokasi yang dikenal pasti.

“Anggota PPDA akan melakukan pencarian di lubuk di kawasan sungai itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata pihaknya menasihati masyarakat untuk tidak melakukan aktiviti air seperti memancing di sungai atau tali air.

Katanya, sebanyak 12 mangsa dilaporkan mati lemas dalam tempoh Januari hingga hari ini di Selangor.

“Sebanyak 10 mangsa meninggal dunia ketika menjalani aktiviti di sungai manakala dua lagi di tali air,” katanya. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Miss England Letak Jawatan Askar Kerana Dibuli

Next Post

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

Related Posts

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

‘Sekelip Mata Dua Anak Saya Ditarik Ombak…’

03/06/2025
0

MERSING: Apa yang bermula sebagai perkelahan keluarga menjadi kenangan paling memilukan bagi seorang wanita apabila dua anaknya lemas dihanyutkan ombak,...

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

Warga Emas Ditemukan Lemas, Remaja Masih Hilang

16/02/2025
0

KUCHING: Lelaki warga emas yang hilang ketika memukat ikan di sungai berdekatan Kampung Pulau Brunei di Limbang semalam, ditemukan lemas...

Next Post

RM11 Juta Naik Taraf 17 Kawasan Flat Terengganu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd